Hari ni kami membantu rakan kami Dr R angkat barang dan hantar kereta untuk dibawa balik ke M'sia. Bila tiba di depot yang terletak berdekatan dengan Southampton Port kami asyik dok tengok beberapa kereta mewah yg ada diperkarangan. Ada 2 buah Merc E Class yg baru dan 2 buah Porsche Cayenne (4x4 yg baru tu); semuanya masih berkilat2 lagi. Sambil dok tunggu barang2 dan kereta dimasukkan ke dalam kontena, atok sempat berbual dengan lelaki yg bekerja di situ.
atok tanya, "is this brand new?" merujuk kepada Ceyenne hitam yg indah itu.
katanya ringkas, "yeah..brand new"
atok tanya lagi, "is it for export as well?"
jawabnya, "yeah"
"do you know where to?" tanya atok ingin tahu.
"all to Port Klang" jawabnya (merujuk kpd semua 4 kereta mewah yg ada kat situ tadi).
"last month we shipped 10 of this", tambahnya...merujuk kpd Porsche Cayenne 4x4 tu...
"all to Port Klang".
wow...ternganga atok, siapalah gerangan pembeli2 di Msia tu, dan berapalah agaknya harga di sana. kalau tak silap, kat sini pun dalam £44k - £60K bergantung kepada spesifikasi.
"Give me the luxuries of life and I will willingly do without the necessities"- FLlW "Give me that Cayenne and I will willingly do without my Smart"- atok
Minggu lepas atok ada nonton satu dokumentari kat tv, ceritanya pasal British SAS (Special Air Service), satu-satunya pasukan elit tentera British yg bergerak dalam bayangan di dalam byk konfrantasi di seluruh dunia. Kumpulan tentera elit/komando (USA meniru dgn Navy Seal nya) ini ditubuhkan semasa Perang Dunia ke-2 iaitu dengan pasukan payung terjun yg dihantar ke padang pasir. Namun selepas tamatnya Perang, pasukan ini telah dibubarkan oleh kerajaan British pada bulan Oktober 1945 kerana didapati sudah tiada lagi 'kerja' seumpana itu dikehendaki.
Tiba-tiba, dalam tahun 1948, di sebuah koloni terkaya British pada masa itu, Malaya, telah berlakunya pemberontakan komunis (Malayan Emergency). Terhasil dengan pembentukan Federation of Malaya setelah Malayan Union sebelumnya ditentang hebat oleh org2 Melayu.
Pengekangan kegiatan parang gerilla komunis inilah telah menghidupkan kembali pasukan elit SAS. Pada mulanya, kumpulan ini dibentuk kembali dari kalangan tentera-tentera yg 'gagal'... iaitu yg tidak dipandang tinggi akan kebolehan mereka di kem masing2; sebagai 'guinea pigs'. Ramai di kalangan mereka terkorban bila dicampakkan dengan payung terjun ke hutan belantara Malaya & Borneo. Pada mulanya pasukan ini dinamakan sebagai 'Malayan Scout' dan bertugas sebagai perisik. Namun selepas itu, satu rancangan/latihan yg lebih rapi dijalankan untuk membentuk pasukan elit ini. Akhirnya pada tahun 1951, Malayan Scout telah dinaikkan ke taraf SAS (dikenali sebagai Skuadron 22 SAS).
Dan pasukan SAS yg suatu waktu dahulu telah 'dimatikan' ini terus menjadi jaguh di dunia hingga ke hari ini....berpunca dari kacau bilau di tanah tumpah darah bumi Malaysia.
cerita-ceriti hari ini
Nampaknya si Beckham mungkin tak boleh turun ke padang Sukru Saracoglu bulan depan selepas insiden silap landing semalam, hoooooraaayyyyy!!! Maka nampak agak runsing akan sekian menganut agama suci bola di pulau ini. Mungkin kita boleh minta itu David Blaine kasi turunlah, and ganti itu bola punya David...pasal ini David ada itu magic oooo, boleh kasi itu engelend menang. Dok tergantung kat situ pun asyik kena abuse je siang malam. Ada lah pulak pihak Amerika yg dok kutuk omputeh sini ni, katanya omputeh perangai tak senonoh. Yelah, kat bumi koboi si mamat Blaine ni disanjung tinggi...seantaro amerika datang tengok dia, siang malam pagi petang hujan salji pun sanggup. Tetiba, kat sini, asyik dok kena plekeh je tiap waktu. Omputeh sini...antara dengki dan bengang bercampur menyampah pasal mamat ni buat kerje tak pekdah, pengabih tenaga untuk... mmm, ntah, apa?
Yesterday I had the opportunity to attend the launching of the 'Encyclopaedia of Dr Mahathir Mohamad' at the Nissan Lecture Theatre, St Antony's College, Oxford University. Many though questioned (privately) the inappropriate use of the word 'encyclopaedia' on this instance....mmm.
This international launching (domestic launching was done 2 days earlier by Pak Lah at IIU) was done by Dato' Dr Rais Yatim who gave a speech of all mighty praises to the great man. To my utter surprise, the few front rows of the modest size lecture theatre saw a full descend of Malaysian ministers and top guns. I just can't understand the importance of them being in that such event; coming all the way across the globe to clap and nod.
Seems to me, this week, half of Malaysian top ministers are in the UK... for what? Can't help to feel fishy when such a big flock follows the trail of their master. The VIP dinner held after the launching ceremony saw more familiar Msian faces...State Chief Minister upon State Chief Minister with their partners joined the highly admirable 'Oxford Dinner'. I was told, the 'more important' event at SOAS on the previous day had seen the same phenomenon... even worse, it went to the extend that VIPs from other countries had to be declined at the door due to inadequate seats, taken by The Clappers & Nodders who were not in the initial list. Malaysia Boleh !
After that, with my old-time friend, SangKlate, and a few others including a girl from my alma mater, we had a good diner at the Al Salaam, an organic halal Lebanese restaurant: mixed kebab was my choice.
Being back to Oxford was great.....
"A doctor can bury his mistakes, but an architect can only advise his clients to plant vines" - FLlW
Samseng bola
Today the FA charged a number of Arsenal and Manchester United star players for their shame conducts in the battle of Old Trafford last weekend. It reminds me of Nik Fauzi, infamous captain of the red & white team in the late 70's-early 80's, who was once branded as 'Kaki Gaduh' by the 'Dunia Sukan' magazine back home. Viera only dashed a few yards to push someone, but Nik Fauzi often ran across the field to kick or punch an opponent. Those days.....
Apa yg dikatakan sebagai 'indian summer' akhirnya mengalah untuk terus bertakhta. Musim luruh yg agak lewat akhirnya tiba jua. Telah sekian lama mentari menyinar dgn suhu panas yg dirayai oleh setiap org di pulau ini; rumput di laman rumah, padang permainan, taman-taman telah lama menguning dan kekeringan tanpa hujan. Akhirnya hari ini, langit melimpahkan rahmat pada sekelian tumbuhan yg menanti, alhamdulillah. Bermakna juga, tak dapatlah atok siapkan sikit lagi kerja mengecat tingkap rumah tu...takpalah...hari lain pulak sambung.
Bila depa dah kena.....
Hari ni atok terima 'circular' dari PAM (Pertubuhan Arkitek Msia) mengingatkan ahlinya akan peraturan baru kerajaan berkenaan dengan pemasangan pintu banjir (flood gate) otomatik di semua ruang letak kereta bawah tanah di kawasan banjir. Ni pasal KL asyik dok kena banjir kilat je..bukannya baru, dah lama dok banjir kilat dan dah berkali-kali. Tapi yg terakhir baru-baru ini agak ganas dan menengggelamkan Dataran Merdeka dan Kelab Selangor. Yang jadi mangsa kali ini termasuklah puluhan kereta mewah menjalar Mercedes, BMW, Jaguar dsbnya; bertuankan individu-individu yg berpoket labuh dan penuh (dengan wang dan kuasa). Kalau biasa tu, banjir kilat yg dah byk kali tu hanya menjahanamkan kereta-kereta Proton dan yg sewaktu dengannya di sekitar Kg Baru, Jln Sultan Ismail, Jln Ampang yg tuan punya masing-masing hanyalah yg berpoket cetek tanpa takhta empuk di puncak alam...lantak kau lah, sapa suruh letak kereta kat situ!
Tapi kali ini, hah tu dia... mengamuk sakanlah para dewata melihatkan motokar mereka dirakus selut pekat tanpa belas. Mesti buat sesuatu! Kalau jadi lagi, pokai kita... takpalah mereka yg lain tu, terpaksa makan maggi nak baikkan Proton masing-masing, jangan kami terpaksa tangguh mesyuarat hatta dah patah kaki, ataupun para dewi tak upaya pergi shopping buat sehari dua...kacau-kacau. Mesti buat sesuatu!
>>>Automatic Flood Gate! Yes, that's the quickest fix!(Sebelum buat peraturan, kami dah tubuhkan syarikat jual floodgates ni dulu, hehehe). "... mari kita lihat siapa yang kenaaaaaa....."
Setiap kali berlakunya banjir kilat, setiap kali itu jugalah komen yg sama terjelir dari lidah-lidah penguasa: 'kerana adanya pembangunan yg tidak terkawal'. Beberapa bulan kemudian, jadi lagi... cakap yg tu juga; tukar tarikh dan tempat je. Dah tahu pembangunan tak terkawal...maka kawallah!!!! Komen yg sama juga diwartakan jika ada runtuhan lereng bukit....'pembangunan tidak terkawal'. Dah bertahun-tahun....asyik komen yg sama je bagi, tak de idea kot.
Sebenarnya, memang tak boleh nak kawal. Memang tak ada pun 'masterplan'. Kalau ada pun, hanyalah buat tontonan dan terceruk di sudut almari cermin di sebalik foto-foto indah kotaraya...lambang pembangunan pesat. Asas pembangunan ialah 'siapa kuat dia dapat'. Maka sembrono lah jadinya. Jika tidak diluluskan Jabatan Perancang Bandar pun tak apa... nanti Exco negeri boleh luluskan juga, nanti boleh bina juga...beres, tak ada masalah, semua boleh... Malaysia Boleh! Nanti kalau runtuh ke, apa ke....boleh cari pihak yg terlibat... arkiteknya, juruteranya, kontraktornya... salah satu antara mereka, ataupun semuanya mesti bersalah.
'Here is Kadikoy, No Way Out From Here' was a banner in English, intended for English eyes with chilling understatement from the football-crazy Turkish fans at their local game last nite. Kadikoy is the name of the district where the Sucru Saracoglu Stadium is situated. The Turkish Super League game between the home team Fenerbahce and Gaziantepspor was not without any trouble, even though the home team won. The referee had his exit under protective riot sheilds by 50 fully-armed personnels. These are the people waiting 'excitedly' for the England team to arrive next month. Manchester United previously was greeted upon their arrival in Istanbul with a similar polite banner: 'Welcome To Hell'.
Coming from a place where similar scenes (though less dramatic) experienced so many times, it just brought back memories of my younger days from the notorious terrace of Sultan Mohammad IV Stadium. Yes, we threw bottles and god knows what into the pitch. One time, a guy broke the metal bar and hurled it to the referee, it missed him by a few inches. We bent and twisted the perimeter metal fence so many times. We had dog-equipped riot squad charged with tear gas canisters pointing at us. We shielded the culprits when the police charged them on the terrace. One time, the stadium floodlights suddenly went off and hell broke loose on the pitch. When the lights came back a few minutes later, the home team was in the dressing room, with only the visitors - Selangor - on the pitch nursing their bruises. It was near anarchy; no one queue to get in nor out. It was rough. I have not been into any stadium for the past 15 years, but I guess the atmosphere at Sultan Mohammad IV Stadium has been relatively less volatile in the recent years, though the amount of adrenaline pumped would probably be the same, the supporters are much better in controlling their craze.
Baru nak siap ke....
Pagi tadi maharaja Tony telah merasmikan Fasa 1 Channel Tunnel Rail Link (CTRL), iaitu bermula dari utara Kent hingga ke Folkestone. Fasa pertama landasan keretapi yg dibina khusus untuk keretapi laju Eurostar (London-Paris) yg sejauh 46 batu ini telah mula dibina pada tahun 1998 lagi. Sebelum ini, keretapi moden Eurostar tidak dapat bergerak laju di Britain kerana terpaksa berkongsi landasan dengan keretapi tempatan biasa, hanya bilamana di Perancis sahaja ia bergerak dengan kelajuan maksima; sekitar 186 batu sejam. Fasa ke-2 yg menyambungkan utara Kent hingga ke Stesen Keretapi St Pancras di pusat Kota London hanya akan siap pada tahun 2007 nanti.
Namun, Perancis telah sepuluh tahun menikmati kelajuan maksima Eurostar dengan landasan khususnya yg dibina dalam 'sekelip mata'. Inilah salah satu 'side effect' demokrasi Britain, yg mana setiap pembangunan hendaklah melalui perbagai proses bagi menjamin 'keadilan' di setiap pihak yg terlibat. 'Public consultation' yg di setengah negara tidak pernah kedengaran oleh rakyat marhain adalah menjadi sesuatu yg wajib di bumi Inggeris. Setiap pendapat, keluhan, idea, bantahan, suratan, siulan, dan nyanyian semua pihak hendaklah didengar dan dipertimbangkan. Itulah 'keadilan terbaik' yg senantiasa ingin diperolehi di sini. Akan tetapi, manusia jua yg sentiasa menyalahgunakan dan memutarbelikan peraturan.... lumrah kejadian.
Kemudahan Dunia Ketiga
Begitulah ungkapan setiap kali bila kemudahan kesihatan dibicarakan di sini. National Health Service (NHS) yg percuma utk semua orang sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah berada di tahap yg amat memalukan. Jumlah doktor, jururawat dan keseluruhan kakitangan kesihatan adalah amat tidak mencukupi. Setiap tahun Britain terpaksa mencuri beribu-ribu pekerja kesihatan dari Afrika Selatan, India, Filipina dan Australia. Kisah orang-orang tua yg mati di ruang legar menunggu di hospital-hospital NHS telah byk kali terpapar; setelah sehari suntuk terbaring menunggu doktor. Untuk mendapat rawatan pembedahan, jangkamasa menunggu ialah bertahun-tahun hinggakan bilamana surat rawatan dihantar, pesakit sudah pun lama meninggal dunia.
Hari ini kecoh lagi, seorang wanita tua berumur 86 tahun terpaksa menunggu lebih 8 jam untuk ambulan kecemasan tiba, itu pun setelah panggilan dibuat berkali-kali oleh ahli keluarga. Hinggakan anaknya yg sedang bercuti di Sepanyol (1,200 batu jauhnya dari sini), yg terus bergegas terbang balik, telah tiba di hospital terlebih dahulu, sedangkan jarak antara rumah emaknya dengan hospital hanyalah 10 batu. Emaknya yg tiba selepas itu telah meninggal dunia keesokan harinya.
Begitulah dasyatnya ketidakcukupan kakitangan terpenting - doktor, polis, bomba, cikgu, dsbnya - di sini, terutamanya di bahagian Selatan yg jauh lebih tinggi kos kehidupannya.
Begitulah kata-kata dalam sebuah iklan teh yg dipopularkan oleh Allahyarham Mahmud June di suatu masa dahulu.
Minggu ini Suruhanjaya Hutton yg ditubuhkan berikutan kematian bunuh diri Dr Kelly, kembali 'bersidang'. Beberapa individu hebat akan dipanggil semula, seperti Alastair Cambell, Andrew Gilligan dan Geoff Hoon. Segalanya nampak berkisar disekitar faktor '45 minit' yg telah menjadi ungkapan berhantu bagi pihak kerajaan dan tongkat sakti pihak pembangkang. Nampaknya lubang jerlus Tony Blair semakin dalam tergali sejak akhir-akhir ini, terkini dengan pelancaran buku 'Blair's War' oleh John Kampfner. Buku ini, antara lain, mendakwa bagaimana Menteri Luar Britain, Jack Straw telah membuat rayuan terakhir kepada Blair untuk tidak bersama Amerika dalam pemusnahan Iraq yg lalu. Di samping itu, ia juga mendakwa bahawa keputusan untuk meranapkan Kota Baghdad telah dibuat lebih awal, seawal April 2002 lagi oleh Tony dan George, semasa Tony melawat koboi Amerika itu di ladangnya.
Belum pun tamat kisah Iraq, keputusan No.10 untuk mengenepikan Carole Caplin, guru fesyen bagi Cheerie Blair, telah meledak di media massa. Bekas model yang telah mendampingi keluarga Blair sebelum beliau menaiki takhta Britain ini dikatakan mempunyai banyak kisah 'menarik' yg dikejar oleh banyak pihak. Berkemungkinan beliau akan mengambil tindakan 'balas dendam' dengan menulis segala kisah duka lara ketawa menangis keluarga perdana menteri.
Nampaknya, 'kemusnahan' Blair semakin jelas dengan ranapnya Kota Baghdad. Kemusnahan yang dikorek oleh demokrasi itu sendiri. Sedia maklum, Britain sejak dahulu lagi, berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi model negara demokrasi dan telus. Namun banyak juga kes yang punah dek demokrasi. Sesungguhnya, undang-undang dan tatacara itu bersifat baik tapi manusia jua yang sentiasa merosakkannya untuk kepentingan masing-masing.
Semalam kami masyarakat Msia di sini berkumpul di rumah seorang rakan. Jamuannya hebat sekali, satay! Sampai 300 cucuk, tak kehabisan. Alhamdulillah, dah agak lama kami tak berkumpul sebegini lantaran tahun ini masing-masing agak sibuk dengan tugasan harian masing-masing.
Mesyuarat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yg sedang berlangsung di Cancun, Mexico sekali lagi menontonkan perbagai protes dari blok negara membangun. Kali ini, isu pertanian nampaknya menjadi topik utama. Petani-petani dari negara membangun dengan lantang menyuarakan ketidakadilan badan dunia ini dalam menyediakan alam perdagangan yg lebih adil kepada mereka. Rata-rata maklum akan subsidi yg banyak sekali diberikan oleh negara maju kepada petani mereka, yang membolehkan mereka hidup dengan lebih selesa. Dimasa yg sama, hasil pertanian negara maju telah sekian lama dilambakkan ke negara-negara membangun dengan harga yg lebih rendah berbanding dengan hasil tempatan. Akhirnya, petani di negara sendiri semakin papa kedana, keringat mereka yg berbakti pada tanah tumpah telah diperkosakan oleh dunia maju. Yang kaya terus kaya dan semakin kaya, yang miskin terus terpinggir dan hina.
Negara-negara Amerika Selatan telah sekian lama dibanjiri produk pertanian dari raja dunia di utara, dengan harga yg jauh lebih rendah...kerana para petani di utara menikmati subsidi yg amat indah dari kerajaan tergagah mereka. Tidak upaya sama sekali petani di selatan mengutip hasil bumi dan menjualnya walau dengan harga yg setanding, jauh sekali untuk mendapat pulangan yg selesa.
Tiada negara maju yg menghasilkan kopi, tapi negara penghasil kopi terus melarat. Tiada negara maju yang menghasilkan bertandan-tandan pisang, namun negara-negara pisang terus lembik dan busuk.
Dalam kekecewaan yg amat inilah, kelmarin, bekas ketua petani dan nelayan Korea Selatan, Lee Kyung-hae, 55 tahun, dengan kain rentang 'WTO Kills Farmers ' memanjat pagar rentangan polis dan menghunus pisau di dadanya. Kematian beliau didorong oleh kesengsaraan rakan petani negarawannya yg telah ramai bunuh diri tidak tertanggung beban kewangan yg sebahagian besarnya terhasil dari dasar berat sebelah WTO.
"I believe totally in a Capitalist System, I only wish that someone would try it" - FLlW, the genius.
Although its total population is not even a third of the crowd number at Old Trafford tonite, Liechtenstein proudly managed to hold the Three Lions at bays during the first half. It took Owen and Rooney to cast a new post-war record for England; an 8 straight win. Yet, nobody would argue that the minnows had done a great job, especially the defenders and keeper. Well done to a tiny nation with its national anthem in the same tune as God Save the Queen.
RIBA finally replied to my email earlier today. And yes, they will send me all the missing RIBA Journals past issues (since early this year). Though I'm still wondering why it suddenly stopped arriving at my doorstep on the first place. As a corporate member, the journal is free..well, part of the fees paid. In addition, they sent me the forgotten password for me to log into its 'members only' section in the website.
Ketua jurulatih pasukan bola England, Sven-Goran Eriksson, hari ini menasihatkan agar penyokong England tidak memberanikan diri untuk ke Istanbul bulan hadapan. Katanya, mereka bukan sahaja boleh tercedera, malah boleh menemu ajal. Malah beliau juga menasihati pemainya agar tidak merayai gol dihadapan penonton. FA juga telah menolak pembahagian tiket untuk penyokongnya dari Turkey. Begitulah hangatnya 'perang' antara England dan Turkey; 3 tahun lalu, 2 org penyokong Leeds telah ditikam mati di Istanbul.
Kadang tu bukan apa, mamat omputeh ni...tonggang lebih. Bila dah mabuk tu, mulalah buat hal yg tak senonoh...makin jaki orang lain tengok. Tu yg gaduh tu...bukan apa, sendiri punya perangai mengundang pawana balasungkawa.
Tadi (malam) tengok live bola di BBC1, Euro 2004 qualifier; Macedonia lawan England. Mula tu dah seronok, Macedonia main okay, and scored an early goal. (I'm NOT an england supporter by the way). Kira-kira 250 org penyokong England telah ke sana walupun telah dinasihatkan oleh FA agar tidak berbuat sedemikian demi keselamatan diri masing-masing, kerana telah maklum akan 'keganasan' penyokong tuan rumah, semuanya mendapat tiket dari black market.
Namun... akhirnya kecundang 1-2. Takpa, kita tunggu England lawan Turkiye pulak bulan depan; satu-satunya match yg ditunggu-tunggu oleh setiap peminat bola, hanya kerana masing-masing merupakan musuh tradisi sejak akhir-akhir ini; selalu berlaku perbalahan antara penyokong yg pernah menumpahkan darah.
Lepas je that england game tadi, BBC2 pulak tunjuk live on Itali-Wales. Kesian para pejuang serba merah (seperti naga nya) yg jatuh tersungkur ditenyeh dek gergasi serba biru dengan 4 gol tanpa balas.
Cerita tambahan:
Seperti sedia maklum, Wembley Stadium yg dimegah-megahkan itu dah lama berkubur ranap dirobohkan. Stadium baru yg canggih rekaan Foster & Partner sedang dibina setelah sekian lama 'bertekak' antara semua yg terlibat. Sesuatu perkara lazim di bumi inggeris ini, seperti juga pasukan bolanya....lebih banyak cakap dari main (pun takde la terer). Ia dijangka siap pada tahun 2006.
'Terrorist' attacked London Underground Keretapi bawah tanah dari stesen Waterloo terpaksa diberhentikan kira-kira 100m dari stesen Bank, antara stesen yg paling dalam di kota London, di tengah-tengah pusat perdagangan. Bahan kimia yg tidak diketahui jenisnya telah dilepaskan oleh pengganas. Anggota penyelamat, polis dan sebagainya bergegas dan menutup kawasan tersebut. Kelihatan mereka dengan pakaian perlindungan kimia mula bergerak masuk ke stesen dan membawa keluar mangsa-mangsa.
Hari Ahad 31 Ogos yg lalu, sehari selepas berpesta di Brickendonbury, kami ber-eurostar ke kampung encik mickey dan cik minnie... Disneyland Resort Paris. Ni kiranya kali ke-2 lah kami ke sana, pertamanya pada musim bunga tahun lalu. Namun kali ini kami menginap di New York Hotel di dalam kampung Disneyland itu sendiri, jadinya senang... segalanya hanya sepelaung sahaja, ie Disney Park, Disney Studio, Disney Village dan juga stesen keretapi laju RER/TGV (Marne-la-Valee Chessy Station).
Malam itu kami berkesempatan melihat pertunjukan bungapi buat kali terakhir di musim ini, pada jam 11 malam. Pertunjukan yg berpusat di Sleeping Beauty Castle itu diadakan selepas perarakan Fantasia pada jam 10:15 malam. Sebelumnya, seperti biasa, pada jam 6 ptg diadakan Parade yg mengelilingi Disney Park main streets. Kerana di tahun sudah kami dah selesai di Disney Park, kali ini kami lebih byk menumpukan waktu di Walt Disney Studio Park di sebelahnya pulak. Tambah pulak, hari Isnin, jadinya taklah begitu ramai org di situ, tidak seperti di hujung minggu. Takdelah terkecoh-kecoh sangat....
Hari Selasa pula, kami sempat melawat Marriott's Village d'Ile-de-France yg terletak berdekatan. Sebuah resort percutian 5 bintang dengan penginapan jenis double storey townhouse: 2 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur, sedikit laman dan dilengkapi dengan segala alat keperluan lazim, boleh memuatkan seramai 6 orang maksima. Kelab Percutian yang dikelilingi oleh padang golf 27 lubang ini telah siap Fasa 1 nya dan kerja2 pembinaan masih berjalan untuk Fasa-fasa seterusnya. Setiap villa dihiasi dengan rekabentuk dalaman tradisional Perancis dengan hiasan dinding lukisan-lukisan oleh pelukis-pelukis Impressionist tersohor seperti Monet dan Renoir.
Selesai di situ, kami singgah di La Vallee, sebuah factory outlet ala Bicester Village yg terletak kira-kira 3km dari Disneyland. Konsep senibinanya pun sama dengan Bicester, yakni pseudo high street. Namun, kami rasa.... Bicester lagi eloklah, hehe.
Petangnya...kami bertolak pulang. Tiba di London Waterloo dah jam 10 malam, penatttttt......
Nota kaki:
Waterloo International Terminal ialah hasil rekaan Sir Nicholas Grimshaw. Stesen bagi keretapi laju Eurostar yg dibuka pada tahun 1993 ini menelan belanja sebanyak £130 juta dan telah menerima perbagai anugerah senibina; paling kurang 13 anugerah dlm berbagai ketegori. Namun kira-kira 5 tahun yg lalu, stesen indah ini terpaksa 'dibungkus' dengan plastik di sebelah dalamnya oleh kerana ada antara kepingan kaca bumbungnya gagal dan jatuh ke bumi. Siasatan mendapati terdapatnya 'defect' terhadap Pilkington glass yg digunakan, terjadi sewaktu proses pengilangan. Beberapa tahun jugaklah ia berbungkus begitu, sementara menunggu proses mahkamah yg menentukan siapakan yg patut menanggung kos baik pulih. Seperti biasa, yang terlibat masing-masing tuduh menuduh. Alhamdulillah, sekarang ini, stesen ini telah kembali ke rupa asalnya dan boleh dinikmati keindahannya sekali lagi.
Kakak's 2009 Diary:
>The King & I @ Royal Albert Hall
>The King & I Presscall
>The King & I recall audition II
>BBC Bo The Spirit World audition II
>The King & I recall audition I
>BBC Bo The Spirit World audition
>The King & I audition
>LCB Masterclass Kakak's 2008 Diary:
>LCB Final Audition
>LCB audition
>Lion King Cub School audition
>Scientific Toys photoshoot
>Bicester Village advert casting
>BBC All About Animals photoshoot
>Stagecoach end-of-term show
>Ballet Medal Test '08
>BBC All About Animals casting
>Knorr advert casting
>Zoey 101 magazine photoshoot
>IKEA Commercial casting
>Key Stage 2 SAT Exam
>Royal Academy of Dance Ballet Grade 4 Exam
>Street Dancing 2008
>Nintendo DS casting
>Clarks International photoshoot Kakak's 2007 Diary:
>BBC Girl Talk photoshoots
>Mawi's London Debut
>Hippie-hippie Shake filming
>OMEC Merdeka Ball
>Merdeka Carnival
>LAMDA Exam
>High School Musical Summer Workshop
>'Walking Bus' Campaign photoshoot
>The Golden Compass re-shoot
>Royal Academy of Dance Ballet Grade 3 Exam
>BBC's Girls Talk audition
>Honda F1 car launching
>Northern Lights/Golden Compass filming Kakak's 2006 Diary:
>Northern Lights/Golden Compass filming
>Run, Fat Boy, Run filming
>Young Performers 2006
>Philips: The Simplicity Event 2006
>British Airways advert casting
>Ballet Medal Test/Award 2006
>Aladdin pantomine audition
>Zena Holloway underwater photo shoot
>Royal Ballet audition
>CFC-free inhaler promo photo shoot
>Clarks Shoes International photo shoot
>David Beckham Football Academy casting
>Royal Academy of Dance Ballet Exam Kakak's 2005 Diary:
>The King & I UK Tour
>Fashion Photo Shoot - Covent Garden
>Ballet Medal Test/Award 2005
>Cinderella audition
>GMTV recordings
>Nutcracker 2005
>Cinderalla 2005
Previously employed by
Ridge & Partners LLP, Oxfordshire
Syarikat Pembinaan Anggerik, London site office [contract] for the New MSD/Msia Hall project