semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Friday, September 05, 2003

Jumpa Encik Mickey

Hari Ahad 31 Ogos yg lalu, sehari selepas berpesta di Brickendonbury, kami ber-eurostar ke kampung encik mickey dan cik minnie... Disneyland Resort Paris. Ni kiranya kali ke-2 lah kami ke sana, pertamanya pada musim bunga tahun lalu. Namun kali ini kami menginap di New York Hotel di dalam kampung Disneyland itu sendiri, jadinya senang... segalanya hanya sepelaung sahaja, ie Disney Park, Disney Studio, Disney Village dan juga stesen keretapi laju RER/TGV (Marne-la-Valee Chessy Station).

Malam itu kami berkesempatan melihat pertunjukan bungapi buat kali terakhir di musim ini, pada jam 11 malam. Pertunjukan yg berpusat di Sleeping Beauty Castle itu diadakan selepas perarakan Fantasia pada jam 10:15 malam. Sebelumnya, seperti biasa, pada jam 6 ptg diadakan Parade yg mengelilingi Disney Park main streets. Kerana di tahun sudah kami dah selesai di Disney Park, kali ini kami lebih byk menumpukan waktu di Walt Disney Studio Park di sebelahnya pulak. Tambah pulak, hari Isnin, jadinya taklah begitu ramai org di situ, tidak seperti di hujung minggu. Takdelah terkecoh-kecoh sangat....

Hari Selasa pula, kami sempat melawat Marriott's Village d'Ile-de-France yg terletak berdekatan. Sebuah resort percutian 5 bintang dengan penginapan jenis double storey townhouse: 2 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, dapur, sedikit laman dan dilengkapi dengan segala alat keperluan lazim, boleh memuatkan seramai 6 orang maksima. Kelab Percutian yang dikelilingi oleh padang golf 27 lubang ini telah siap Fasa 1 nya dan kerja2 pembinaan masih berjalan untuk Fasa-fasa seterusnya. Setiap villa dihiasi dengan rekabentuk dalaman tradisional Perancis dengan hiasan dinding lukisan-lukisan oleh pelukis-pelukis Impressionist tersohor seperti Monet dan Renoir.

Selesai di situ, kami singgah di La Vallee, sebuah factory outlet ala Bicester Village yg terletak kira-kira 3km dari Disneyland. Konsep senibinanya pun sama dengan Bicester, yakni pseudo high street. Namun, kami rasa.... Bicester lagi eloklah, hehe.

Petangnya...kami bertolak pulang. Tiba di London Waterloo dah jam 10 malam, penatttttt......

Nota kaki:
Waterloo International Terminal ialah hasil rekaan Sir Nicholas Grimshaw. Stesen bagi keretapi laju Eurostar yg dibuka pada tahun 1993 ini menelan belanja sebanyak £130 juta dan telah menerima perbagai anugerah senibina; paling kurang 13 anugerah dlm berbagai ketegori. Namun kira-kira 5 tahun yg lalu, stesen indah ini terpaksa 'dibungkus' dengan plastik di sebelah dalamnya oleh kerana ada antara kepingan kaca bumbungnya gagal dan jatuh ke bumi. Siasatan mendapati terdapatnya 'defect' terhadap Pilkington glass yg digunakan, terjadi sewaktu proses pengilangan. Beberapa tahun jugaklah ia berbungkus begitu, sementara menunggu proses mahkamah yg menentukan siapakan yg patut menanggung kos baik pulih. Seperti biasa, yang terlibat masing-masing tuduh menuduh. Alhamdulillah, sekarang ini, stesen ini telah kembali ke rupa asalnya dan boleh dinikmati keindahannya sekali lagi.

Comments: Post a Comment