Keringat diperkosa dunia
Mesyuarat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yg sedang berlangsung di Cancun, Mexico sekali lagi menontonkan perbagai protes dari blok negara membangun. Kali ini, isu pertanian nampaknya menjadi topik utama. Petani-petani dari negara membangun dengan lantang menyuarakan ketidakadilan badan dunia ini dalam menyediakan alam perdagangan yg lebih adil kepada mereka. Rata-rata maklum akan subsidi yg banyak sekali diberikan oleh negara maju kepada petani mereka, yang membolehkan mereka hidup dengan lebih selesa. Dimasa yg sama, hasil pertanian negara maju telah sekian lama dilambakkan ke negara-negara membangun dengan harga yg lebih rendah berbanding dengan hasil tempatan. Akhirnya, petani di negara sendiri semakin papa kedana, keringat mereka yg berbakti pada tanah tumpah telah diperkosakan oleh dunia maju. Yang kaya terus kaya dan semakin kaya, yang miskin terus terpinggir dan hina.Negara-negara Amerika Selatan telah sekian lama dibanjiri produk pertanian dari raja dunia di utara, dengan harga yg jauh lebih rendah...kerana para petani di utara menikmati subsidi yg amat indah dari kerajaan tergagah mereka. Tidak upaya sama sekali petani di selatan mengutip hasil bumi dan menjualnya walau dengan harga yg setanding, jauh sekali untuk mendapat pulangan yg selesa.
Tiada negara maju yg menghasilkan kopi, tapi negara penghasil kopi terus melarat. Tiada negara maju yang menghasilkan bertandan-tandan pisang, namun negara-negara pisang terus lembik dan busuk.
Dalam kekecewaan yg amat inilah, kelmarin, bekas ketua petani dan nelayan Korea Selatan, Lee Kyung-hae, 55 tahun, dengan kain rentang 'WTO Kills Farmers ' memanjat pagar rentangan polis dan menghunus pisau di dadanya. Kematian beliau didorong oleh kesengsaraan rakan petani negarawannya yg telah ramai bunuh diri tidak tertanggung beban kewangan yg sebahagian besarnya terhasil dari dasar berat sebelah WTO.
"I believe totally in a Capitalist System, I only wish that someone would try it"
- FLlW, the genius.