SAS: a very short (hi)story
Minggu lepas atok ada nonton satu dokumentari kat tv, ceritanya pasal British SAS (Special Air Service), satu-satunya pasukan elit tentera British yg bergerak dalam bayangan di dalam byk konfrantasi di seluruh dunia. Kumpulan tentera elit/komando (USA meniru dgn Navy Seal nya) ini ditubuhkan semasa Perang Dunia ke-2 iaitu dengan pasukan payung terjun yg dihantar ke padang pasir. Namun selepas tamatnya Perang, pasukan ini telah dibubarkan oleh kerajaan British pada bulan Oktober 1945 kerana didapati sudah tiada lagi 'kerja' seumpana itu dikehendaki.Tiba-tiba, dalam tahun 1948, di sebuah koloni terkaya British pada masa itu, Malaya, telah berlakunya pemberontakan komunis (Malayan Emergency). Terhasil dengan pembentukan Federation of Malaya setelah Malayan Union sebelumnya ditentang hebat oleh org2 Melayu.
Pengekangan kegiatan parang gerilla komunis inilah telah menghidupkan kembali pasukan elit SAS. Pada mulanya, kumpulan ini dibentuk kembali dari kalangan tentera-tentera yg 'gagal'... iaitu yg tidak dipandang tinggi akan kebolehan mereka di kem masing2; sebagai 'guinea pigs'. Ramai di kalangan mereka terkorban bila dicampakkan dengan payung terjun ke hutan belantara Malaya & Borneo. Pada mulanya pasukan ini dinamakan sebagai 'Malayan Scout' dan bertugas sebagai perisik. Namun selepas itu, satu rancangan/latihan yg lebih rapi dijalankan untuk membentuk pasukan elit ini. Akhirnya pada tahun 1951, Malayan Scout telah dinaikkan ke taraf SAS (dikenali sebagai Skuadron 22 SAS).
Dan pasukan SAS yg suatu waktu dahulu telah 'dimatikan' ini terus menjadi jaguh di dunia hingga ke hari ini....berpunca dari kacau bilau di tanah tumpah darah bumi Malaysia.
cerita-ceriti hari ini
Nampaknya si Beckham mungkin tak boleh turun ke padang Sukru Saracoglu bulan depan selepas insiden silap landing semalam, hoooooraaayyyyy!!! Maka nampak agak runsing akan sekian menganut agama suci bola di pulau ini. Mungkin kita boleh minta itu David Blaine kasi turunlah, and ganti itu bola punya David...pasal ini David ada itu magic oooo, boleh kasi itu engelend menang. Dok tergantung kat situ pun asyik kena abuse je siang malam. Ada lah pulak pihak Amerika yg dok kutuk omputeh sini ni, katanya omputeh perangai tak senonoh. Yelah, kat bumi koboi si mamat Blaine ni disanjung tinggi...seantaro amerika datang tengok dia, siang malam pagi petang hujan salji pun sanggup. Tetiba, kat sini, asyik dok kena plekeh je tiap waktu. Omputeh sini...antara dengki dan bengang bercampur menyampah pasal mamat ni buat kerje tak pekdah, pengabih tenaga untuk... mmm, ntah, apa?