semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Tuesday, September 16, 2003

Dare to come?

'Here is Kadikoy, No Way Out From Here' was a banner in English, intended for English eyes with chilling understatement from the football-crazy Turkish fans at their local game last nite. Kadikoy is the name of the district where the Sucru Saracoglu Stadium is situated. The Turkish Super League game between the home team Fenerbahce and Gaziantepspor was not without any trouble, even though the home team won. The referee had his exit under protective riot sheilds by 50 fully-armed personnels. These are the people waiting 'excitedly' for the England team to arrive next month. Manchester United previously was greeted upon their arrival in Istanbul with a similar polite banner: 'Welcome To Hell'.

Coming from a place where similar scenes (though less dramatic) experienced so many times, it just brought back memories of my younger days from the notorious terrace of Sultan Mohammad IV Stadium. Yes, we threw bottles and god knows what into the pitch. One time, a guy broke the metal bar and hurled it to the referee, it missed him by a few inches. We bent and twisted the perimeter metal fence so many times. We had dog-equipped riot squad charged with tear gas canisters pointing at us. We shielded the culprits when the police charged them on the terrace. One time, the stadium floodlights suddenly went off and hell broke loose on the pitch. When the lights came back a few minutes later, the home team was in the dressing room, with only the visitors - Selangor - on the pitch nursing their bruises. It was near anarchy; no one queue to get in nor out. It was rough. I have not been into any stadium for the past 15 years, but I guess the atmosphere at Sultan Mohammad IV Stadium has been relatively less volatile in the recent years, though the amount of adrenaline pumped would probably be the same, the supporters are much better in controlling their craze.


Baru nak siap ke....


Pagi tadi maharaja Tony telah merasmikan Fasa 1 Channel Tunnel Rail Link (CTRL), iaitu bermula dari utara Kent hingga ke Folkestone. Fasa pertama landasan keretapi yg dibina khusus untuk keretapi laju Eurostar (London-Paris) yg sejauh 46 batu ini telah mula dibina pada tahun 1998 lagi. Sebelum ini, keretapi moden Eurostar tidak dapat bergerak laju di Britain kerana terpaksa berkongsi landasan dengan keretapi tempatan biasa, hanya bilamana di Perancis sahaja ia bergerak dengan kelajuan maksima; sekitar 186 batu sejam. Fasa ke-2 yg menyambungkan utara Kent hingga ke Stesen Keretapi St Pancras di pusat Kota London hanya akan siap pada tahun 2007 nanti.

Namun, Perancis telah sepuluh tahun menikmati kelajuan maksima Eurostar dengan landasan khususnya yg dibina dalam 'sekelip mata'. Inilah salah satu 'side effect' demokrasi Britain, yg mana setiap pembangunan hendaklah melalui perbagai proses bagi menjamin 'keadilan' di setiap pihak yg terlibat. 'Public consultation' yg di setengah negara tidak pernah kedengaran oleh rakyat marhain adalah menjadi sesuatu yg wajib di bumi Inggeris. Setiap pendapat, keluhan, idea, bantahan, suratan, siulan, dan nyanyian semua pihak hendaklah didengar dan dipertimbangkan. Itulah 'keadilan terbaik' yg senantiasa ingin diperolehi di sini. Akan tetapi, manusia jua yg sentiasa menyalahgunakan dan memutarbelikan peraturan.... lumrah kejadian.


Kemudahan Dunia Ketiga


Begitulah ungkapan setiap kali bila kemudahan kesihatan dibicarakan di sini. National Health Service (NHS) yg percuma utk semua orang sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah berada di tahap yg amat memalukan. Jumlah doktor, jururawat dan keseluruhan kakitangan kesihatan adalah amat tidak mencukupi. Setiap tahun Britain terpaksa mencuri beribu-ribu pekerja kesihatan dari Afrika Selatan, India, Filipina dan Australia. Kisah orang-orang tua yg mati di ruang legar menunggu di hospital-hospital NHS telah byk kali terpapar; setelah sehari suntuk terbaring menunggu doktor. Untuk mendapat rawatan pembedahan, jangkamasa menunggu ialah bertahun-tahun hinggakan bilamana surat rawatan dihantar, pesakit sudah pun lama meninggal dunia.

Hari ini kecoh lagi, seorang wanita tua berumur 86 tahun terpaksa menunggu lebih 8 jam untuk ambulan kecemasan tiba, itu pun setelah panggilan dibuat berkali-kali oleh ahli keluarga. Hinggakan anaknya yg sedang bercuti di Sepanyol (1,200 batu jauhnya dari sini), yg terus bergegas terbang balik, telah tiba di hospital terlebih dahulu, sedangkan jarak antara rumah emaknya dengan hospital hanyalah 10 batu. Emaknya yg tiba selepas itu telah meninggal dunia keesokan harinya.

Begitulah dasyatnya ketidakcukupan kakitangan terpenting - doktor, polis, bomba, cikgu, dsbnya - di sini, terutamanya di bahagian Selatan yg jauh lebih tinggi kos kehidupannya.

Comments: Post a Comment