Aku Musnahkan Kau ! HaHaHahaaaa
Begitulah kata-kata dalam sebuah iklan teh yg dipopularkan oleh Allahyarham Mahmud June di suatu masa dahulu.Minggu ini Suruhanjaya Hutton yg ditubuhkan berikutan kematian bunuh diri Dr Kelly, kembali 'bersidang'. Beberapa individu hebat akan dipanggil semula, seperti Alastair Cambell, Andrew Gilligan dan Geoff Hoon. Segalanya nampak berkisar disekitar faktor '45 minit' yg telah menjadi ungkapan berhantu bagi pihak kerajaan dan tongkat sakti pihak pembangkang. Nampaknya lubang jerlus Tony Blair semakin dalam tergali sejak akhir-akhir ini, terkini dengan pelancaran buku 'Blair's War' oleh John Kampfner. Buku ini, antara lain, mendakwa bagaimana Menteri Luar Britain, Jack Straw telah membuat rayuan terakhir kepada Blair untuk tidak bersama Amerika dalam pemusnahan Iraq yg lalu. Di samping itu, ia juga mendakwa bahawa keputusan untuk meranapkan Kota Baghdad telah dibuat lebih awal, seawal April 2002 lagi oleh Tony dan George, semasa Tony melawat koboi Amerika itu di ladangnya.
Belum pun tamat kisah Iraq, keputusan No.10 untuk mengenepikan Carole Caplin, guru fesyen bagi Cheerie Blair, telah meledak di media massa. Bekas model yang telah mendampingi keluarga Blair sebelum beliau menaiki takhta Britain ini dikatakan mempunyai banyak kisah 'menarik' yg dikejar oleh banyak pihak. Berkemungkinan beliau akan mengambil tindakan 'balas dendam' dengan menulis segala kisah duka lara ketawa menangis keluarga perdana menteri.
Nampaknya, 'kemusnahan' Blair semakin jelas dengan ranapnya Kota Baghdad. Kemusnahan yang dikorek oleh demokrasi itu sendiri. Sedia maklum, Britain sejak dahulu lagi, berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi model negara demokrasi dan telus. Namun banyak juga kes yang punah dek demokrasi. Sesungguhnya, undang-undang dan tatacara itu bersifat baik tapi manusia jua yang sentiasa merosakkannya untuk kepentingan masing-masing.
-------------------------------------------------------------
Semalam kami masyarakat Msia di sini berkumpul di rumah seorang rakan. Jamuannya hebat sekali, satay! Sampai 300 cucuk, tak kehabisan. Alhamdulillah, dah agak lama kami tak berkumpul sebegini lantaran tahun ini masing-masing agak sibuk dengan tugasan harian masing-masing.