Seronok seketika.....
Tadi (malam) tengok live bola di BBC1, Euro 2004 qualifier; Macedonia lawan England. Mula tu dah seronok, Macedonia main okay, and scored an early goal. (I'm NOT an england supporter by the way). Kira-kira 250 org penyokong England telah ke sana walupun telah dinasihatkan oleh FA agar tidak berbuat sedemikian demi keselamatan diri masing-masing, kerana telah maklum akan 'keganasan' penyokong tuan rumah, semuanya mendapat tiket dari black market.Namun... akhirnya kecundang 1-2. Takpa, kita tunggu England lawan Turkiye pulak bulan depan; satu-satunya match yg ditunggu-tunggu oleh setiap peminat bola, hanya kerana masing-masing merupakan musuh tradisi sejak akhir-akhir ini; selalu berlaku perbalahan antara penyokong yg pernah menumpahkan darah.
Lepas je that england game tadi, BBC2 pulak tunjuk live on Itali-Wales. Kesian para pejuang serba merah (seperti naga nya) yg jatuh tersungkur ditenyeh dek gergasi serba biru dengan 4 gol tanpa balas.
Cerita tambahan:
Seperti sedia maklum, Wembley Stadium yg dimegah-megahkan itu dah lama berkubur ranap dirobohkan. Stadium baru yg canggih rekaan Foster & Partner sedang dibina setelah sekian lama 'bertekak' antara semua yg terlibat. Sesuatu perkara lazim di bumi inggeris ini, seperti juga pasukan bolanya....lebih banyak cakap dari main (pun takde la terer). Ia dijangka siap pada tahun 2006.
'Terrorist' attacked London Underground
Keretapi bawah tanah dari stesen Waterloo terpaksa diberhentikan kira-kira 100m dari stesen Bank, antara stesen yg paling dalam di kota London, di tengah-tengah pusat perdagangan. Bahan kimia yg tidak diketahui jenisnya telah dilepaskan oleh pengganas. Anggota penyelamat, polis dan sebagainya bergegas dan menutup kawasan tersebut. Kelihatan mereka dengan pakaian perlindungan kimia mula bergerak masuk ke stesen dan membawa keluar mangsa-mangsa.
Hari ini merupakan hari di mana gomen jalankan mock terror attack on London Underground, jgn panik.