semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Monday, September 22, 2003

Akhirnya kodok berjaya memanggil

Apa yg dikatakan sebagai 'indian summer' akhirnya mengalah untuk terus bertakhta. Musim luruh yg agak lewat akhirnya tiba jua. Telah sekian lama mentari menyinar dgn suhu panas yg dirayai oleh setiap org di pulau ini; rumput di laman rumah, padang permainan, taman-taman telah lama menguning dan kekeringan tanpa hujan. Akhirnya hari ini, langit melimpahkan rahmat pada sekelian tumbuhan yg menanti, alhamdulillah. Bermakna juga, tak dapatlah atok siapkan sikit lagi kerja mengecat tingkap rumah tu...takpalah...hari lain pulak sambung.



Bila depa dah kena.....



Hari ni atok terima 'circular' dari PAM (Pertubuhan Arkitek Msia) mengingatkan ahlinya akan peraturan baru kerajaan berkenaan dengan pemasangan pintu banjir (flood gate) otomatik di semua ruang letak kereta bawah tanah di kawasan banjir. Ni pasal KL asyik dok kena banjir kilat je..bukannya baru, dah lama dok banjir kilat dan dah berkali-kali. Tapi yg terakhir baru-baru ini agak ganas dan menengggelamkan Dataran Merdeka dan Kelab Selangor. Yang jadi mangsa kali ini termasuklah puluhan kereta mewah menjalar Mercedes, BMW, Jaguar dsbnya; bertuankan individu-individu yg berpoket labuh dan penuh (dengan wang dan kuasa). Kalau biasa tu, banjir kilat yg dah byk kali tu hanya menjahanamkan kereta-kereta Proton dan yg sewaktu dengannya di sekitar Kg Baru, Jln Sultan Ismail, Jln Ampang yg tuan punya masing-masing hanyalah yg berpoket cetek tanpa takhta empuk di puncak alam...lantak kau lah, sapa suruh letak kereta kat situ!

Tapi kali ini, hah tu dia... mengamuk sakanlah para dewata melihatkan motokar mereka dirakus selut pekat tanpa belas. Mesti buat sesuatu! Kalau jadi lagi, pokai kita... takpalah mereka yg lain tu, terpaksa makan maggi nak baikkan Proton masing-masing, jangan kami terpaksa tangguh mesyuarat hatta dah patah kaki, ataupun para dewi tak upaya pergi shopping buat sehari dua...kacau-kacau. Mesti buat sesuatu!
>>> Automatic Flood Gate! Yes, that's the quickest fix! (Sebelum buat peraturan, kami dah tubuhkan syarikat jual floodgates ni dulu, hehehe).
"... mari kita lihat siapa yang kenaaaaaa....."

Setiap kali berlakunya banjir kilat, setiap kali itu jugalah komen yg sama terjelir dari lidah-lidah penguasa: 'kerana adanya pembangunan yg tidak terkawal'. Beberapa bulan kemudian, jadi lagi... cakap yg tu juga; tukar tarikh dan tempat je. Dah tahu pembangunan tak terkawal...maka kawallah!!!! Komen yg sama juga diwartakan jika ada runtuhan lereng bukit....'pembangunan tidak terkawal'. Dah bertahun-tahun....asyik komen yg sama je bagi, tak de idea kot.

Sebenarnya, memang tak boleh nak kawal. Memang tak ada pun 'masterplan'. Kalau ada pun, hanyalah buat tontonan dan terceruk di sudut almari cermin di sebalik foto-foto indah kotaraya...lambang pembangunan pesat. Asas pembangunan ialah 'siapa kuat dia dapat'. Maka sembrono lah jadinya. Jika tidak diluluskan Jabatan Perancang Bandar pun tak apa... nanti Exco negeri boleh luluskan juga, nanti boleh bina juga...beres, tak ada masalah, semua boleh... Malaysia Boleh! Nanti kalau runtuh ke, apa ke....boleh cari pihak yg terlibat... arkiteknya, juruteranya, kontraktornya... salah satu antara mereka, ataupun semuanya mesti bersalah.

Comments: Post a Comment