semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Monday, September 08, 2003

Jangan pergi....

Ketua jurulatih pasukan bola England, Sven-Goran Eriksson, hari ini menasihatkan agar penyokong England tidak memberanikan diri untuk ke Istanbul bulan hadapan. Katanya, mereka bukan sahaja boleh tercedera, malah boleh menemu ajal. Malah beliau juga menasihati pemainya agar tidak merayai gol dihadapan penonton. FA juga telah menolak pembahagian tiket untuk penyokongnya dari Turkey. Begitulah hangatnya 'perang' antara England dan Turkey; 3 tahun lalu, 2 org penyokong Leeds telah ditikam mati di Istanbul.

Kadang tu bukan apa, mamat omputeh ni...tonggang lebih. Bila dah mabuk tu, mulalah buat hal yg tak senonoh...makin jaki orang lain tengok. Tu yg gaduh tu...bukan apa, sendiri punya perangai mengundang pawana balasungkawa.

Comments: Post a Comment