Sifu mari
Dua tiga minggu lepas, rakan atok Chef Syawal of Holiday Villa London bagitahu:"M Nasir buat konsert kat sini 9hb nanti, kau datanglah".
Atok tanya, "Berapa tiket?".
Dia jawab, "£25".
Atok kata "Mahalnye!".
Syawal explained, "Dengan makan sekali lah".
Then, kelmarin, kenalan atok tuan manager Holiday Villa, Jefri texted (mesia panggil 'sms'):
M Nasir dinner n show at holiday villa on 9 n 10 oct. Price £25 per person
Atok replied: Tak de discount ke?
Jefri jawab: Children 20. Adult 25
Well, kalau 10 tahun dahulu mungkin atok berkejar untuk berhibur bersama Sifu. Tapi sekarang dah tak laratlah. Tahun 1992, Sifu mengadakan konsert solo sulungnya di Wisma MCA Jalan Ampang dan atok antara yang beronggeng sakan di barisan 3 dari hadapan. Dewannya tidaklah besar, dan yang hadir tidaklah perlu bersesak. Masa tu Sifu baru ada 2 album. Di samping tu beliau juga dendangkan lagu2 evergreen Kembara. Namun rasa atok, konsert2 beliau sejak hari itu teleh menjadi padat dan amat popular. Untung atok menikmati seninya tatkala suasana masih agak tenang suatu waktu dahulu.
Sepertimana juga dengan Abiet G. Ade, atok dan seorang rakan di sekolah dahulu (awal 80'an) telahpun berdendang lagu-lagu puitis beliau di dorm di petang hari, dan sememangnya 'dikutuk' oleh teman-teman yang lain, "lagu indon apa korang dengar ni?". Namun selepas Sifu berdendang dengan Abiet, maka mulalah ramai rakyat Msia nampak Abiet.
Semasa di KPP Shah Alam dahulu (akhir 80'an), atok dok berhibur dengan bait-bait Kopratasa... juga tidak diendahkan oleh sekelian ramai. Namun setelah lagu-lagu mereka dinyanyikan semula akhir-akhir ini, mulalah naik top pula. Heran, dulu rakyat jelata ramai yang tak endah nak dengar pun. Mungkin atok ni yang dengar lagu pelik2... tapi kemudiannya tak jadi pelik, malah jadi popular.
kau, aku
dia, mereka
adalah kita
yang berhak memiliki
pilihan sendiri
asalkan tidak lari
dari kewarasan
sebagai
seorang-orang
(kopratasa)