Dunia yang kacau
Lapuran dan tulisan berkenaan dengan trajedi berdarah di Beslan masih lagi memenuhi suratkhabar dan berita di tv. Suasana penuh menyayat hati di tanah perkuburan kelmarin telah dipancarkan ke seluruh dunia. Tubuh kaku anak-anak kecil tercinta telah membakar amarah setiap ibu ayah. Perjuangan pembebas Chechen begitu tercemar dengan kerakusan ini.Satu perkara yang Atok perasan, para pengganas Chechen ini tidak sentiasanya dipanggil 'islamic terrorists' oleh media, seperti kumpulan-kumpulan seumpamanya yang lain. Banyak lapuran menyebut mereka sebagai 'kumpulan pemisah' ataupun 'rebels'. Hanya sesekali mereka ini dikaitkan dengan perkataan lazim media massa yang ditonjolkan untuk menakutkan dunia; 'islam', 'jihad', 'muslim', 'suicide bomber', 'moslem' dan sebagainya.
Timbul persoalan di hati:
'adakah setiap kumpulan umat islam yang tinggal di bawah pemerintahan bukan islam harus berlaku keras untuk mengasingkan diri dan membebaskan tanah halaman?'
'adakah setiap kumpulan umat islam yang tinggal di bawah pemerintahan bukan islam harus melancarkan perang terhadap pemerintah mereka?'
Kerana rata-rata diseluruh dunia, begitulah nampaknya apa yang telah dan sedang terjadi. Mungkin di denak hati masyarakat bukan islam sering menyoal: 'adakah orang islam mesti hidup berasingan dan tidak boleh wujud bersama kami?'
Suatu waktu dahulu, ada juga sekumpulan manusia yang dianjingkan di serata dunia. Di setiap tanah singgah mereka dicaci, dicemuh, dipinggirkan. Namun mereka bersabar, tahan amarah yang memuncak. Mereka menyepikan diri, tapi dalam pada itu berkumpul bersama merancang kekuatan ummah mereka. Tak apa lah mereka jadi anjing untuk seketika... tapi anjingnya mereka bersusun strategi. Tekun di sana sini, tidak menunjukkan siapa mereka... bersama didalam masyarakat yang ditumpangi. Namun, setiap detik menambah kekuatan, tanpa berkeras kepala, tanpa melaung lantang memprotes, tanpa memaki hamun sumpah seranah, tanpa mengancam itu ini, tanpa mengangkat senjata membunuh.
Dalam tiada siapa yang sedar, mereka menakluk seantaro dunia dan menjadi raja. Bila menjadi raja, maka tiada siapa yang boleh menyanggah... hatta raja yang bersalah. Daulat di tangan, tulah di dada... siapa saja berani bisa tampil, mereka leburkan.
Siapa yang bijak?