Kisah semalam
Semalam, saluran tv 4 di sini telah menayangkan drama berat bertajuk 'Hamburg Cell' yang mengisahkan tentang hijackers dalam trajedi 11hb Sept yang kita semua ketahui. Inilah drama tv yang pertama dipaparkan berkenaan dengan trajedi tersebut, yang dilakonkan berdasarkan fakta yang diperolehi.Ceritanya berkisar tentang watak utama Ziad Jarrah, seorang pelajar dari keluarga kaya Jordan yang datang ke Hamburg bagi menuntut dlm bidang doktor pergigian. Beliau, yang menjalani kehidupan sekular dan sebelumnya bersekolah Katolik, lalu jatuh cinta dengan gadis Turki, Aysel. Dalam pada itu, beliau mula didekati oleh sekumpulan pemuda Islam yang mengajak beliau kembali ke jalan yang sebenarnya, mengikut ajaran Al-Quran & Rasulullah. Antara rakan2 barunya ialah Mohamed Atta dan juga Ramzi bin al Shibh.
Ditunjukkan beberapa babak majlis usrah, solat dan diskusi ilmu yang berkisar tentang jihad perang terhadap Barat, terutamanya Amerika dan Israel; beberapa ayat Al-Quran dan Hadis dituturkan bagi menyokong pendirian mereka. Juga dikisahkan tentang perjalanan mereka; ke kem latihan di Afghan, ke Spain, ke Amerika dan juga ke Kuala Lumpur. Dipaparkan juga bagaimana intipan dan maklumat dari pihak keselamatan berbagai negara yang tidak diendahkan. Malah, pesanan terakhir dari ketua mereka melalui chatroom (dalam bahasa arab), i.e. green light for the mission (codename: 'wedding day') to go ahead hanya diterjemahkan pada 12hb Sept.
Paling menganggu fikiran ialah babak di malam jahanam, di mana latihan dan persiapan akhir dilakukan. Petikan dari buku manual Al-Qaeda dengan lakonan yang begitu membawa penonton berfikir panjang; seperti bacaan surah tertentu, membersihkan diri, menyusun alatan dengan bacaan dan tiupan kalimah Allah, dan sebagainya. Begitu kuat sekali message yang dibawa oleh drama ini hinggakan boleh menganggu fikiran kita sebagai seorang Islam; bagaimana ayat Al-Quran dan Hadis disalahgunakan oleh segolongan fanatik agama dalam menyokong tindakan mereka. Namun orang bukan Islam mungkin mengambil ayat2 ini dalam face value sepertimana ianya diterjemahkan. Memanglah ada ayat2 dan hadis2 berkenaan dengan jihad perang dan memerangi musuh, namun ianya tidaklah semudah itu terjemahannya.
Walaubagaimanapun, drama ini tidak menghukum kejam para hijackers. Akan tetapi ia mengetengahkan elemen bagaimana mereka ini diracuni fikirannya, betapa mereka ini bukanlah bangsat dunia, tetapi hanyalah pemuda biasa yang difanatikkan dari kehidupan mereka yang agak normal seperti kita semua. Banyak juga kritikan diterima yang mengatakan drama ini memberi simpati kepada pembunuh itu semua.
Hopefully, ianya juga akan ditayang di Malaysia.