Kembali....
Setelah beberapa minggu sibuk dengan temuduga di sana-sini, hari ini atok mulakan tugas baru di pejabat yang baru. Terpaksalah turun awal pagi kerana pejabat/studio baru bertempat di 'kampung halaman'; kira-kira 35 batu ke arah utara dari rumah. Waktu pejabat bermula jam 8:30 pagi dan perjalanan memakan masa selama kira-kira sejam di waktu 'rush hours' pagi, dan hanya 45 minit di waktu pulang.Tiada banyak yang berlaku di hari pertama. Ianya dimulakan dengan induction oleh HR Manager, dan seterusnya di bawa ke sekitar bangunan dan berkenalan dengan yang lain. Diberikan sebuah beg, topi keselamatan, vest keselamatan dan kasut keselamatan, untuk digunakan bilamana ke tapak bina. Kemudian, masa pagi dihabiskan dengan membaca panduan, standards dan manuals.
Selepas rehat tengahari, mulakan dengan tugasan pertama. Projek ubahsuai dan tambahan kepada Marston Ferry Sports Centre, tempat atok pernah bermain badminton 10 tahun yang lampau' di zaman muda. Malah sebagai Asst. Sports Officer dalam Msian Students Society, kami pernah mengadakan kejohanan badminton di situ. Setelah diceritakan alkisahnya, bersama dengan seorang senior, kami bergegas ke tapak bina untuk mesyuarat dengan kontractor dan agen empunya (council). Pulang ke pejabat dan terus mengetuk keyboard membuat drawing amendments hingga jam 5 ptg... masa untuk pulang.
Oxford, the City of Dreaming Spires, aku kembali....