Datang & Pergi
Semalam lapuran yang diwartakan oleh Office for National Statistics menjadi berita utama. Di tahun lalu, seramai lebih kurang 385,000 orang telah mengambil keputusan untuk meninggalkan pulau ini dan berhijrah ke negara lain; terutamanya Australia (pilihan utama), New Zealand, Canada dan South Africa. Sementara France dan Spain juga dikatakan menjadi pilihan ramai warga emas yang inginkan kedamaian hidup dibuai bayu laut dan panas mentari.Sementara itu, jumlah yang masuk ke pulau impirialis ini pula ialah seramai kira-kira 574,000 orang, kebanyakannya dari Eastern Europe terutamanya dari Poland, yang menganggotai EU pada tahun 2004. Setiap hari ribuan rakyat Poland yang tiba ke sini melalui segala jalan: air, darat dan udara. Pergilah ke mana-mana pun terutamanya sejak dua tiga tahun ni, penuh dengan pekerja Polish. Di Reading ni, dah ada banyak kedai runcit mereka, dan akhbar harian tempatan juga telah menerbitkan edisi berbahasa mereka.
Dan, sejak kelmarin lagi.... ratusan ribu anak muda dengan serba ragam dan pakaian tiba di perkarangan atok ni. Pesta muzik rock tahunan, Reading Festival bermula esok. Cuaca pula dijangka amat baik. Pesta ini hampir-hampir dibatalkan kerana bencana banjir yang baru sahaja tamat bulan lalu. Malah tapak pesta ini sebenarnya telah ditenggelami air dan pihak penganjur bersama council dan juga Environmental Agency telah bertungkus lumus sejak beberapa minggu ini untuk 'mengeringkan' kawasan itu. Akhirnya, 90% tapak pesta boleh dan selamat digunakan. Tahun lalu, kira-kira 80,000 orang berkhemah di sini.... macam ni rupanya dari udara:
Kami yang tinggal berdekatan ni terpaksalah sekali setahun menghadapi berbagai masalah: naik keluar-masuk pun amat susah, kedai-kedai semua dipenuhi dengan festival goers dan segala macam lagi.
Yang untungnya ialah kedai-kedai dan peniaga-peniaga, memang setahun sekali boleh buat 'kill' di satu hujung minggu ni sahaja. Malah ada satu dua kedai runcit yang nampak macam hidup segan mati tak mahu, tapi mengaut untung yang lumayan dalam tempoh 3, 4 hari setahun melalui pesta ini. Kebanyakannya menjual alkohol dan makanan.
Apa nak buat weekend ni? Hari Sabtu, ni dia.... jom ramai-ramai.
Atok dalam committee Merdeka Carnival 2007 dan ditugaskan menguruskan benda ni. Bukannya tahu sangat pasal hal nyanyi-nyanyi pun.... ntah kenapa kena in-charge benda ini.
Takpalah, suka-suka.