semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Friday, June 22, 2007

Rasa Landen

Tepat jam 12 tengahari semalam, bermulalah event taste of london 2007 di Marylebone Green, Regents Park, anjuran Channel4 & British Airways.

Sejak beberapa hari lepas, kami dok sibuk menyiapkan segala hal untuk rekabentuk dan hiasan dalaman bagi Tourism Malaysia yang mengambil bahagian. Semalam dan kelmarin, atok ambik cuti nak buat benda ni. Tunggang-langgang terkejar sana sini... akhirnya siaplah juga semalam: deadline 12:00 tengahari. Macam headless chickens kita org semua... alhamdulillah, tuan Director puas hati, ok lah tu.

Now, masuk ofis for another deadline.... pengsan macamni.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
gambar dari K800 sony-ericsson cuma.

Rekabentuk ruang 6mx6m ini atok bahagikan kepada 3 laman: fine dining, lounge, dan info(+batik painting). Dengan menggunakan panel2 kayu dan poster dinding, suasana yang cuba digambarkan ialah seperti pergi bercuti di Msia. Di ruang 'fine dining', atok gunakan poster dinding (3x x 2.4m) permandangan pantai, sementara di ruang 'lounge' pula, permandangan air terjun di hutan tropikal dijadikan background. 'Lounge' ini juga digunakan sebagai tempat mengurut. Nanti hari ahad ni, atok gi bawa proper camera.... semalam tu kecoh nak siapkan the booth.

Kaedah pasang-siap menggunakan panel kayu bersaiz 900 x 2400mm ini membolehkan ianya diguna semula dan boleh diadaptasikan mengikut saiz ruang dan keadaan. Hari Isnin depan, semua ini akan 'dibuka' dan dibawa ke Olympia, di Kensington untuk Luxury Travel Fair pula. Seterusnya, bulan depan ke Ilford (one-day Malaysia Festival event), dan Conway, Wales di bulan October nanti.

Frankly, atok tak pernah buat installation seperti ini.... first time ni, tu yang kalut and kecoh tu, banyak kelemahan dalam perancangan. Takpalah, dah buat ni, banyak boleh belajar untuk hari-hari yang mendatang.

ps:

kalau melawat, jangan lupa ke booth Awana Chelsea dan saksikan persembahan jaguh teh tarik & roti canai yang diterbangkan khas oleh Tourism Msia, Abang Mior Sazali... yang mempersonakan hadirin dengan lenggang lengguk nya menarik dan menebar. Dengar cerita, tahun ni je... dia dah ke 30 negara untuk menarik & menebar... hebat!

di booth Tourism M'sia pula... ada saudara Khalid Shamsuddin Arshad, dari Jendela Batik boutique... dan kalau penat berjalan, boleh rehat dan diurut kaki dan bahu (pilih satu dari 3 dara pingitan... tapi jangan berbicara Melayu, pasal depa tu sebenarnya minah Siam). semalam ada makcik omputih ni, sampai tertidur kat sofa tu masa diurut.
-----------------------------------

Photo update:

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Comments:
Wahh!!...Siap ada tukang urut...Golok mari eh..?..:-P And Congratulations! The lounges look great!:-) Lepas ni dapat byk contract lah pulok fr Tourism M'sia eh..? :-P..Mana tahu depa nak suruh hang buat for events in LA pulok ke...Hehehehe...:-P ~Zie~
 
Tuan Manager,

Ni bukan project aku directly, cuma aku in a team yg dapat the job... kawan kita yg hitam manis from Bracknell tu la. Anyway, the same fitting (much smaller) is now at Olympia for Luxury Travel Fair. Next week, semua angkut ke Birm pulak, for Taste of Birmingham 2007.

Aku dah tengok ticket price ke SD this Christmas... mak oiiii, parah seh!

ps: hari tu Awana ada buat this nice cili + serai sorbet, dorang bagi to visitors free je, in a small plastic cups as sample. itu apek dok handout, aku ada kat situ. it went:

minah salleh: what is this? (sambil dia ambil from the serving plate as the apek served)

apek: lemonglass sobet.

minah salleh: what?

apek: lemonglass sobet!

minah: oh... ok.
 
Post a Comment