semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Thursday, October 21, 2004

Ubat Kuat Misteri

Pihak berkuasa Russia dikatakan menggaru kepala melihat keputusan ujian forensik pada mayat 32 orang 'pengganas' yang terbunuh dalam kejadian sekolah di Beslan baru-baru ini. Mengikut sukatan dose yang diperolehi dari mayat-mayat mereka, jika ianya adalah dadah mophine ataupun heroin, ianya adalah ditahap yang begitu tinggi dan boleh membawa maut. Mereka binggung akan jenis dadah apakah yang diambil oleh 'pengganas-pengganas' itu yang membolehkan mereka terus melawan pihak berkuasa Russia yang merempuh masuk walaupun dalam keadaan cedera parah dan kesakitan yang amat. Menurut Senator Alexander Torshin yang mengetuai penyiasatan, maklumat yang ditemui adalah 'terlalu ngeri untuk didedahkan'. Tambahnya lagi, dia berpendapat bahawa sejenis dadah baru yang tidak diketahui telah diambil oleh 'pengganas-pengganas' tersebut.

Comments: Post a Comment