semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Monday, October 18, 2004

Macam Malaya, Bukan Macam Vietnam

Begitulah tutur Colonel Tim Collins, seorang ketua perang askar British di Iraq yang pernah disanjung tinggi (tapi kemudiannya berhenti memprotes) dalam temuramah di Radio 4 pagi tadi. Ianya berkenaan dengan isu hangat yang dibincangkan sehari dua ini di sini; Amerika meminta sejumlah askar British mengisi kekosongan mereka di kawasan-kawasan yang dianggap amat berkecamuk. Buat masa sekarang, askar British hanya bertugas di sebelah selatan yang lebih stabil. Permintaan ini jelas pada ramai, adalah usaha kem pilihanraya Bush untuk mempamerkan kejayaan mereka mendapat sokongan yang lebih luas dalam polisi keras mereka di Iraq. Namun, di UK, ia mendapat kecaman ramai.

Maka pagi tadi, berkatalah hero perang, bahawa cara dan budaya askar British adalah amat berbeza dengan askar Amerika yang sering menunjukkkan kekuasaan kelengkapan canggih perang mereka dengan serangan demi serangan hingga menambah benci rakyat yang sering terperangkap. British pula lebih bersikap ingin dekat mendekati dengan rakyat marhaen dan menjalin kepercayaan antara satu sama lain. Oleh itu beliau memberi contoh bagaimana British menangani Emergency (Darurat) di Malaya dahulu dengan polisi yang lebih baik dan kurang berkonfrantasi dengan rakyat jelata, bukan seperti cara Amerika melancarkan kempen rakus mereka di Vietnam.

kemanakah kau
akan pergi
andai negaramu
akan mati

sanggupkah kau gugur
demi pertiwimu
pengorbananmu
tetap dikehendaki
bangsamu
(Belantara)

Comments: Post a Comment