Di-bahasa standard-kan
Dah a few tempat/blog atok tulis komen ni, tapi saja lah nak tulis lagi kat sini pulak. It's simply about 'keropok lekor'. Hari tu Pak Adib ada bagi link rencana di NST pasal beberapa pengusaha keropok ini yangtelah menjadi jutawan di Terengganu. Sememangnya, keropok ini hanya menjadi popular hanya di
lewat milenium yang lalu. Mungkin ianya bersangkutan dengan penghijrahan yang ramai akan rakyat
K'tan & T'ganu yang begitu aktif berniaga di merata tempat. Juga perkembangan trend permakanan
yang berkembang dengan juadah yang semakin perbagai. Wallahualam.
Namun bukan itu yang atok nak tulis. Yang nak dikisahkan ialah istilah, ataupun perkataan yang
digunapakai. 'Keropok Lekor' atau 'Keropok Leko' diambil dari tuturan T'ganu 'Khepok Leko'. Dalam
proses membuat keropok ini, setelah ianya dibentuk panjang-panjang dengan cara menggetel, ianya
dilengkarkan di dalam loyang untuk direbus. Aksi lengkar inilah yang memberinya nama 'leko' dalam
dialek T'ganu.
Di Kelantan pula, namanya 'Khepok Gote', diambil dari aksi menggentel adunan untuk
menjadikannya rod panjang-panjang. Dalam kata lain, orang K'tan menamakan keropok mereka tatkala
menggentel, manakala orang T'ganu menamakannya tatkala melengkar (selepas digentel).
menjadikannya rod panjang-panjang. Dalam kata lain, orang K'tan menamakan keropok mereka tatkala
menggentel, manakala orang T'ganu menamakannya tatkala melengkar (selepas digentel).
Maka, jika kita Bahasa Melayu kan kedua-dua ini, ia sepatutnya menjadi:
- Keropok Lengkar (dari T'ganu), ataupun
- Keropok Gentel (dari K'tan)
Begitu juga halnya dengan 'Laksae', yang tetiba jadi 'Laksam'. Tidak ada imbasan dalam tuturan Kelate ini akan huruf penghujungnya. Ia boleh jadi 'laksan', 'laksam', ataupun 'laksang'. Siapa yang pandai-pandai membahasa standardkan perkataan ini sebagai 'laksam' ???
Selamat Ber-Ramadhan