semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Saturday, July 24, 2004

Rasmilah sudah



Alhamdulillah, pagi tadi Pak Lah telah merasmikan bangunan baru Malaysian Students Department & Malaysia Hall. Ramai juga masyarakat Malaysia yang hadir. Kesempatan majlis juga telah diambil oleh Kelab UMNO UK untuk melancarkan portal baru UMNO TV disamping diadakan sesi soal jawab singkat dengan pelajar. Para hadirin dijamu dengan nasi beryani ayam yang sudah disiap bungkus.



Cerita kawan atok, semalam ada drebar teksi omputih yang bertanyakannya, 'Why is American flag mixed with Muslim's?', pada bendera Malaysia yang berkibar di balkoni bangunan.

Disebelah petangnya pula, majlis pertemuan dengan masyarakat Malaysia diadakan di Rumah Malaysia (kediaman Duta Besar di No.1 Templewood Gardens). Semasa Pak Lah menjemput dan menyucapkan tahniah kepada pelajar Univ Cambridge, Lennard Lee yang berjaya berenang merestasi Selat Inggeris tempohari, tak semena-mena, Kakak yang semakin menghampirinya diajak naik stage. Pak Lah ingatkan Kakak ni adik Lennard, lantas memberikan kakak ciuman di pipi. Pak Lah kata, 'And who is this lovely girl, come'. Namun hadirin tergelak bila Pak Lah tanya, 'Is this your sister?', dan Lennard jawab, 'No'.

photo credit: Zaharah Othman

Atok sempat ke dalam untuk merakamkan temubual ekslusif wartawan Kak Zaharah dengan Pak Lah bagi siaran Radio Rantauan, sebelum Pak Lah berangkat pulang.








Comments: Post a Comment