semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Tuesday, September 21, 2004

Yang mana satu...

Sudah berminggu-mingu (mungkin dah berbulan sebenarnya) hal ini masih belum berkesudahan. Kadang nak yang itu, kadang nak yang ini... dah pening tak tahu nak pilih yang mana satu, idaman kalbu....

< Lexus RX300 SE-L

ataupun

< Mercedes ML270CDi

RX adalah model terbaru keluaran tahun ini yang mempunyai banyak teknologi terkini dan berbagai on-board gadgets (berbanding dengan model pertamanya dulu). Sementara ML pula adalah model usang yang sudah banyak ketinggalan dari segi teknologi dan gadgets. [Jeremy Clarkson, pengkritik automobil tersohor Britain pernah secara sinis mengatakan model ML ni dah berusia 500 tahun].

Test drive: RX terasa amat selesa dan smooth. ML terasa teguh dan berat (injinnya kasar seperti injin2 merc biasa : atok had 2 mercs + 1 bmw before).

ML boleh ditambah 2 kerusi di belakang bagi menjadikan ia sebagai 7-seater (penting di masa lawatan kaum keluarga yang jauh). Boot space nya pun lebih sedikit dari RX (kerana RX agak condong di belajakang, ML agak square). ML agak kurang belanja bahanapi (yang ini diesel) berbanding dengan petrol pada RX.

RX pula terdapat berbagai gadgets terbaru: rear camera, tilting side mirrors automatik bila tukar ke reverse gear, i.e. nampak tayar belakang, boot boleh dibuka dan ditutup secara remote, seluruh badan boleh dinaik-turun dengan menekan butang, dan banyak lagi.

Voice Satelite Navigator @ GPS adalah option biasa yang kami akan tambah (been using SatNav on our Lexus IS200SE for the past 3+ years and can't really live without it).

Harga: ML sedikit tinggi, tapi oleh kerana model baru bakal tiba, semua penjual menawarkan diskaun 10%, yang menjadikan ianya agak sama harga dengan RX. Residual value bagi ML lebih tinggi.

Pada atok:
ML boleh diibaratkan sebagai bulldog > strong, tough, stout.
RX boleh diibaratkan sebagai greyhound > sleek, aerodynamics, classy.

Arghhhh..pening. Keputusan hendaklah dicapai minggu ini juga (bye-bye my dear Smart).

Monday, September 20, 2004

Kembali....

Setelah beberapa minggu sibuk dengan temuduga di sana-sini, hari ini atok mulakan tugas baru di pejabat yang baru. Terpaksalah turun awal pagi kerana pejabat/studio baru bertempat di 'kampung halaman'; kira-kira 35 batu ke arah utara dari rumah. Waktu pejabat bermula jam 8:30 pagi dan perjalanan memakan masa selama kira-kira sejam di waktu 'rush hours' pagi, dan hanya 45 minit di waktu pulang.

Tiada banyak yang berlaku di hari pertama. Ianya dimulakan dengan induction oleh HR Manager, dan seterusnya di bawa ke sekitar bangunan dan berkenalan dengan yang lain. Diberikan sebuah beg, topi keselamatan, vest keselamatan dan kasut keselamatan, untuk digunakan bilamana ke tapak bina. Kemudian, masa pagi dihabiskan dengan membaca panduan, standards dan manuals.

Selepas rehat tengahari, mulakan dengan tugasan pertama. Projek ubahsuai dan tambahan kepada Marston Ferry Sports Centre, tempat atok pernah bermain badminton 10 tahun yang lampau' di zaman muda. Malah sebagai Asst. Sports Officer dalam Msian Students Society, kami pernah mengadakan kejohanan badminton di situ. Setelah diceritakan alkisahnya, bersama dengan seorang senior, kami bergegas ke tapak bina untuk mesyuarat dengan kontractor dan agen empunya (council). Pulang ke pejabat dan terus mengetuk keyboard membuat drawing amendments hingga jam 5 ptg... masa untuk pulang.

Oxford, the City of Dreaming Spires, aku kembali....

Wednesday, September 08, 2004

Makan lagi...

Tadi Atok menghadiri jemputan resmi satu majlis di pejabat Kedutaan Malaysia London. Majlis bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ini diadakan di banquet hall tingkat satu, bermula jam 6 petang hingga 8 malam. Nak dijadikan cerita....

Hari ni Kakak memulakan hari pertama sekolah bagi sessi Tahun 3 (dipanggil Upper I di sekolahnya). Seperti biasa, hari pertama penggal hanyalah separuh waktu biasa, yakni jam 12 tgh dah tamat. Adik ke nursery. Mummy ke London berkhursus sehari. Petang jam 5:30 pula, kelas technical ballet Kakak bermula. Kelas ni di Newbury yang mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan berkereta. Kelas tamat jam 7 mlm. So, macamana ni... nak hantar Kakak, nak ke London. Mujurlah dapat arrange sorang mak rakan sekelas balletnya untuk tolong angkut Kakak bersama ke sana. Selesai satu masalah...

Jam 4:20 ptg, Atok tiba di stesen keretapi (dekat rumah je, jalan kaki 10 minit) untuk ke London; dengan lounge suit hitam bertali leher hijau polka dot kuning penuh bergaya, ehem. Di cuff tersemat links dari cebisan konkrit lantai Fallingwater (Atok ialah ahli FLlW Foundation). Perjalanan keretapi ke Paddington Station, London hanyalah 27 minit. Tiba-tiba ada pengumuman... semua keretapi ke Paddington Station delayed; ada fatal accident on the line at Acton. Alamak...

Tunggu punya tunggu, jam dah pukul 5:10. Alternatifnya, naik keretapi ke Waterloo Station. Tapi keretapi ni terlalu slow dan berhenti di banyak stesen; masa perjalanan ialah 1 jam 20 minit. Paling awal, ada yang jam 5:20 ptg. Mmmm... 5:20, tiba dah 6:40 ptg. Then, nak naik tube lagi, kena tukar line pulak tu. Then, from Hyde Park Corner Tube Stn nak kena jalan lagi. Arghhhhhhh..... naik kete lah, senang.

Terus berlari-lari balik rumah, ambik kunci and start kereta. Hit the afternoon rush hour, arggggghhhhh. Finally, kul 7 malam baru tiba di kedutaan. Nasib baik masih ramai, dan ada juga yang baru tiba. Bunyi muzik gamelan indah berkumandang dari kumpulan yang dianggotai oleh mat dan minah saleh semuanya. Makanan pun sedapppp, hidangan dari Holiday Villa oleh kenalan Atok, Chef Syawal dan anak-anak buahnya; satay, mee mamak, mee hoon, yong tow foo, squid ball, wonton, nasi beriani kambing, etc dan juga kuih muih serta buah buahan.

Sembang dengan someone yang baru balik dari Alpha Klinik. Katanya, Bung Nuar sebenarnya masih kesakitan dan cakapnya pun agak sedikit bercelaru. Melalui jawapan-jawapan yang dituturkan oleh Bung, berbau seolah-olah beliau akan kembali ke padang yang lama. Begitulah kisahnya... perut dah penuh, jam dah 9:30 mlm, Chef Syawal dah bagi tapau sikit... baliklah. Ada yang ajak sambung sembang and minum-minum di tempat lain pula... errr, tak laratlah. Hangpa dok London, senang. Next time 'kay ....

p/s: Dijemput ke kantin baru Malaysia Hall yang akan mula dibuka pada hari Jumaat ini 10hb Sept. The operator, Ms. Misah, is the one who up until recently run Satay House.
Opening Hours:
Breakfast : 7.30 am - 10.00 am
Lunch : 12.00 noon - 4.00 pm
Dinner : 5.00 pm - 9.45 pm
Dengar kata, Set Meal is £2.60

Tuesday, September 07, 2004

Dunia yang kacau

Lapuran dan tulisan berkenaan dengan trajedi berdarah di Beslan masih lagi memenuhi suratkhabar dan berita di tv. Suasana penuh menyayat hati di tanah perkuburan kelmarin telah dipancarkan ke seluruh dunia. Tubuh kaku anak-anak kecil tercinta telah membakar amarah setiap ibu ayah. Perjuangan pembebas Chechen begitu tercemar dengan kerakusan ini.

Satu perkara yang Atok perasan, para pengganas Chechen ini tidak sentiasanya dipanggil 'islamic terrorists' oleh media, seperti kumpulan-kumpulan seumpamanya yang lain. Banyak lapuran menyebut mereka sebagai 'kumpulan pemisah' ataupun 'rebels'. Hanya sesekali mereka ini dikaitkan dengan perkataan lazim media massa yang ditonjolkan untuk menakutkan dunia; 'islam', 'jihad', 'muslim', 'suicide bomber', 'moslem' dan sebagainya.

Timbul persoalan di hati:

'adakah setiap kumpulan umat islam yang tinggal di bawah pemerintahan bukan islam harus berlaku keras untuk mengasingkan diri dan membebaskan tanah halaman?'

'adakah setiap kumpulan umat islam yang tinggal di bawah pemerintahan bukan islam harus melancarkan perang terhadap pemerintah mereka?'

Kerana rata-rata diseluruh dunia, begitulah nampaknya apa yang telah dan sedang terjadi. Mungkin di denak hati masyarakat bukan islam sering menyoal: 'adakah orang islam mesti hidup berasingan dan tidak boleh wujud bersama kami?'

Suatu waktu dahulu, ada juga sekumpulan manusia yang dianjingkan di serata dunia. Di setiap tanah singgah mereka dicaci, dicemuh, dipinggirkan. Namun mereka bersabar, tahan amarah yang memuncak. Mereka menyepikan diri, tapi dalam pada itu berkumpul bersama merancang kekuatan ummah mereka. Tak apa lah mereka jadi anjing untuk seketika... tapi anjingnya mereka bersusun strategi. Tekun di sana sini, tidak menunjukkan siapa mereka... bersama didalam masyarakat yang ditumpangi. Namun, setiap detik menambah kekuatan, tanpa berkeras kepala, tanpa melaung lantang memprotes, tanpa memaki hamun sumpah seranah, tanpa mengancam itu ini, tanpa mengangkat senjata membunuh.

Dalam tiada siapa yang sedar, mereka menakluk seantaro dunia dan menjadi raja. Bila menjadi raja, maka tiada siapa yang boleh menyanggah... hatta raja yang bersalah. Daulat di tangan, tulah di dada... siapa saja berani bisa tampil, mereka leburkan.

Siapa yang bijak?

Friday, September 03, 2004

Kisah semalam

Semalam, saluran tv 4 di sini telah menayangkan drama berat bertajuk 'Hamburg Cell' yang mengisahkan tentang hijackers dalam trajedi 11hb Sept yang kita semua ketahui. Inilah drama tv yang pertama dipaparkan berkenaan dengan trajedi tersebut, yang dilakonkan berdasarkan fakta yang diperolehi.

Ceritanya berkisar tentang watak utama Ziad Jarrah, seorang pelajar dari keluarga kaya Jordan yang datang ke Hamburg bagi menuntut dlm bidang doktor pergigian. Beliau, yang menjalani kehidupan sekular dan sebelumnya bersekolah Katolik, lalu jatuh cinta dengan gadis Turki, Aysel. Dalam pada itu, beliau mula didekati oleh sekumpulan pemuda Islam yang mengajak beliau kembali ke jalan yang sebenarnya, mengikut ajaran Al-Quran & Rasulullah. Antara rakan2 barunya ialah Mohamed Atta dan juga Ramzi bin al Shibh.

Ditunjukkan beberapa babak majlis usrah, solat dan diskusi ilmu yang berkisar tentang jihad perang terhadap Barat, terutamanya Amerika dan Israel; beberapa ayat Al-Quran dan Hadis dituturkan bagi menyokong pendirian mereka. Juga dikisahkan tentang perjalanan mereka; ke kem latihan di Afghan, ke Spain, ke Amerika dan juga ke Kuala Lumpur. Dipaparkan juga bagaimana intipan dan maklumat dari pihak keselamatan berbagai negara yang tidak diendahkan. Malah, pesanan terakhir dari ketua mereka melalui chatroom (dalam bahasa arab), i.e. green light for the mission (codename: 'wedding day') to go ahead hanya diterjemahkan pada 12hb Sept.

Paling menganggu fikiran ialah babak di malam jahanam, di mana latihan dan persiapan akhir dilakukan. Petikan dari buku manual Al-Qaeda dengan lakonan yang begitu membawa penonton berfikir panjang; seperti bacaan surah tertentu, membersihkan diri, menyusun alatan dengan bacaan dan tiupan kalimah Allah, dan sebagainya. Begitu kuat sekali message yang dibawa oleh drama ini hinggakan boleh menganggu fikiran kita sebagai seorang Islam; bagaimana ayat Al-Quran dan Hadis disalahgunakan oleh segolongan fanatik agama dalam menyokong tindakan mereka. Namun orang bukan Islam mungkin mengambil ayat2 ini dalam face value sepertimana ianya diterjemahkan. Memanglah ada ayat2 dan hadis2 berkenaan dengan jihad perang dan memerangi musuh, namun ianya tidaklah semudah itu terjemahannya.

Walaubagaimanapun, drama ini tidak menghukum kejam para hijackers. Akan tetapi ia mengetengahkan elemen bagaimana mereka ini diracuni fikirannya, betapa mereka ini bukanlah bangsat dunia, tetapi hanyalah pemuda biasa yang difanatikkan dari kehidupan mereka yang agak normal seperti kita semua. Banyak juga kritikan diterima yang mengatakan drama ini memberi simpati kepada pembunuh itu semua.

Hopefully, ianya juga akan ditayang di Malaysia.

Thursday, September 02, 2004

Susulan dari kisah bersejarah di tanahair pada hari ini...

Atok tengok laporan BBC World News pagi tadi, footage dari Putrajaya. Lalu bagitahu kawan2 sekolah melalui yahoogroup kami. Ada sorang tanya, 'Ada nampak muka aku tak?'. Kawan atok sorang ni memanglah selalu menghadiri acara reformasi jalanan sejak 6 tahun yang lampau lagi. Takde la atok nampak kat tv tu, lagipun orang ramai.

Kemudian, tengok short clips di internet. Nampaknya, ramai yang menangis teresak-esak terharu bilamana keputusan dihebahkan. Mereka inilah penyokong hardcore yang telah mengorbankan banyak masa, tenaga dan wang ringgit malah pekerjaan serta tubuh badan (dibelasah polis) mereka selama 6 tahun... sememangnya terharu dan gembira. Walaupun pendirian 3 hakim ini telah dibocorkan oleh Raja Petra sejak minggu lepas lagi, namun sebahagian besar kita tidak meletakkan harapan yang tinggi ke arah kejayaan keadilan, atas sebab kebiasaannya di Boleh Land... hal seperti ini amat jarang berlaku.

Di sini pula, sudah ada Atok dengar akan kenalan yang bertanyakan tentang 'adakah sesiapa yang organise a trip to Munich?'

Alhamdulillah...

Thank you Pak Lah for freeing his one time close friend. May God bless all Malaysians.
Malaysia Boleh!