Kolar biru
Saban hari suratkhabar di sini merencanakan alkisah situasi bagaimana pekerjaan kolar biru jauh lebih terjamin masa depan disamping memberi pulangan yg lebih lumayan. Beberapa hari lepas, ada cerita bagaimana seorang bio-chemist yg berpendidikan PhD menukar karier kepada pemasang paip gas. Sahibul hikayatnya, dengan memerah otak di makmal kajian, beliau dibayar £23,000 setahun. Tapi dengan berkolar biru dan mengangkat spanar besar, beliau mampu menyeluk koceknya yang berisi £30,000 setahun disamping terjamin masa depannya. Kemudian satu lagi coretan meriwayatkan bahawa saintis tersohor seantara ro dunia - atas kejayaan beliau mengklonkan biri-biri 'Dolly' beberapa tahun lalu - suatu hari, mendapat tahu bahawa lelaki yang menyelenggara mesin 'Coke' di makmalnya hanya membawa pulang kurang £3,000 setahun sahaja darinya. Lagi satu khabaran, sebuah kolej di London yang membuka pendaftaran untuk kursus 'plumbing' nya sebanyak 35 tempat, telah dipohon oleh ratusan orang termasuk graduan dan stockbrokers. Pernah di tahun lalu, seramai lebih 2,000+ orang memohon untuk 36 tempat kursus tukang paip di Bristol.Begitulah situasinya di sini. Di tahun-tahun 80'an dan awal 90'an, kerajaan begitu bersungguh-sungguh menyeru rakyatnya untuk ke university. Maka berbondong-bondonglah ke sana dengan bantuan kewangan dari kerajaan tempatan masing-masing. Lantaran itu, berbondong-bondong jugalah keluar dengan gulungan ijazah di tangan, bertebaran mencari rezeki yang agak terhad peluangnya. Sudahnya, kekosongan di dunia yang berkolar biru. Maka secebis yang dulunya dianggap kurang bernasib baik, juga kurang bijak untuk ke menara gading... sekarang ini boleh besar kepala menyeluk kocek yang berkolar putih sedalam mana sesuka hati mereka. Pendek kata, yang berkolar biru boleh memilih kerja mereka. Bricklayer boleh dapat antara £150 hingga £200 sehari. Pumber, kalau emergency, call out charge dah £30-£50, belum buat apa-apa lagi tu... dahtu, hourly rate pun lebih kurang gitu jugak, belum masuk harga barang. Selalunya, upah lebih mahal dari harga barang. Tahun lepas, kawasan rumah atok dilanda ribut. Adalah satu ridge tile yang hujung tu, terkopek (tapi tak jatuh). Panggil lah mamat ni (atok nak naik, takde tangga...lagipun gayat + bahaya). Dia naik bawa cement mortar sejemput... tak sampai 5 minit, siap. Dah kena £60.
Demikianlah ceritanya.... yang berkolar biru, walaupun terpaksa berkotor-kotor, bersejuk-sejuk... tapi koceknya jauh lebih dalam dari sebahagian besar yang berkolar putih. Tapi tak semua yang berkolar biru boleh begitu, hanya sebahagian, yang penting-penting sahaja; seperti plumber, electrician, decorator, plasterer, etc.
Ada orang senang kerja di pejabat
Pergi pagi pulang jam lima tepat
Ada yang kerja makan gaji dia tak suka
Dia lebih senang berniaga, niaga, niaga, niaga
Kerja, kerja, kerja
Kolar, kolar biru
Aku pekerja kolar biru
Mesin dan jentera jadi, jadi temanku
Aku pekerja kolar biru
Aku tak senang kerja di pejabat
Berpakaian rapi dan bertali leher
Biar debu dan bahang meresap di kulitku
Aku lebih senang menjadi aku, aku, aku
Kerja, kerja, kerja
(Kolar Biru: Kembara, 1983)
... and architects are among the lowest paid professionals in the UK. :(