semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Sunday, January 18, 2004

Warisan

Malam tadi, selepas berkejar ke London untuk shopping ringkas di Harrods (ada sale dan tambahan 10% potongan lagi utk pemegang kad Harrods, hehe), kami singgah makan di Holiday Villa. Seperti biasa, malam minggu kat situ selalu ramai yang pekena buffet (£12.50 sorang). Juadahnya biasa saja... lauk2 melayu, tak banyak pun, adalah 5,6 lauk gitu + laksa + nasi goreng. Pasal kami dah selalu jugak ke situ maka dah kenallah beberapa orang yang kerja situ, jadinya banyak masa dok borak je; makan tak seberapa.

Masa nak balik tu, terserempak pula dengan kenalan dari TDC London. Tak de la kenal sangat pun, cuma berkenalan bila atok tolong arrange-kan persembahan silat di Malaysian Carnival tempohari (dan di tahun sudah). Dia ada tanya jugak, kalau nak minta 4,5 orang pesilat untuk buat persembahan bilamana perlu, boleh ke? Kata atok, insyaallah boleh tolong uruskan kalau diberi cukup masa untuk persiapan., tambah lagi, Cikgu Ariffin pun dah ada kat sini sekarang (maka lagi aktiflah kelas-kelas silat di sekitar London). atok ada tulis satu artikel suatu waktu dahulu, berkenaan dengan pertunjukan silat di sini, kalau nak baca, ada lagi kat sini (tapi fotonya dah tak ada, selepas webmaster pindah portal). Artikel yang sama telah diterbitkan oleh majalah Seni Beladiri di tanahair. Jangan silap faham, atok dah berkurun lama tak bergiat cergas dalam silat ni (atas sebab-sebab fizikal yang sudah tidak mengizinkan), cuma sekali sekala tolong-tolong dalam menguruskan sahaja sekarang ni; bila ada waktu terluang... tolong kembangkan warisan bangsa.

Bercakap tentang warisan, ni ada pameran seni ukiran kayu Melayu - The Spirit of Wood - di Univ of London bermula esok 19hb Jan hingga ke 19hb Mac. InsyaAllah atok gi tengok, nanti atok tulis on that. Till then...
'majulah warisan bangsa untuk menafaat sejagat'

Comments: Post a Comment