Santapan di petang natal
Hari ni kami ke Bristol - kira-kira 140km dari sini - atas jemputan sepasang suami isteri yg baru kami kenali, N(wanita melayu) & R(suaminya, mat saleh). Perjalanan yg mengambil masa kira-kira sejam setengah banyak dibantu oleh kelengangan yg amat akan lebuhraya M4 yg selalunya begitu sibuk sekali. Setibanya kami di rumah mereka jam 2 tgh tepat, seperti waktu jemputan, dua keluarga lain sudahpun sedia ada. Maka, teruslah ke meja santapan....Entree nya sahaja sudah cukup menyenyangkan, belum pun keluar 'roast turkey' sebagai hidangan utama. Perut ini sudah ingin meletup rasanya tatkala pembasuh mulut disua. Anak-anak pula, sibuk dengan 'party poppers' dan 'christmas crackers', di ruang bersebelahan. Seperti biasa, masa 'rehat' dipenuhi dengan perbualan dan gelak ketawa. Jam 8 mlm barulah kami mula berangkat pulang, dalam renyai.
'Selamat Hari Natal' pada yg menyambutnya, dan pada yg hanya akan merayainya di bulan hadapan....'Selamat Bersiap-siap'.