Makan Time
Hari Sabtu 14hb semalam, Persatuan Masyarakat Malaysia Reading, Berkshire telah mengadakan majlis aidil adha (belated atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan). Alhamdulillah, Tuan Guru Sheikh M. Afifi al-akiti pun turut hadir. Jadinya, kita buat majlis tahlil ringkas sebelum menjamu selera. Antara tujuan utama majlis ialah sebagai hari 'suai-kenal' antara kumpulan pelajar, penduduk tetap dan terutamanya keluarga2 pegawai Petronas yang 'baru' tiba. Sebenarnya, sejak sekian lama, Petronas menghantar kumpulan jurutera mereka ke Foster Wheeler yang menjadi design consultant mereka. Sejak bertahun sudah, silih berganti kumpulan Petronas datang dan tinggal di Reading ni, mengikut kumpulan projek masing2. Ada yang datang beberapa hari/minggu, ada yang beberapa bulan, hinggalah ke tahun. Buat masa sekarang ni, rasanya ada lah dalam 12 keluarga Petronas di sini, dan insyaAllah kumpulan baru (projek lain) akan tiba dalam sedikit masa lagi. Terimakasih daun keladi kerana mereka yang sponsored majlis semalam; takde lah kita buat collection macam selalu tu :)Atok pula, dah banyak hari tak berapa sihat sikit... demam, selsema and batuk. Ni kiranya dah okay sikit lah. Hopefully, the dusty and cold site tak akan memparahkannya lagi, setelah 2 hari bercuti sakit minggu lepas. Kiranya dah 4 hari tak menjenguk site, sudah tentu dah banyak progress... dan juga banyaklah tugasan yang menunggu. Progress dah semakin laju sekarang ni, pasal memang the bulk of the work is at the end, i.e interior finishing. Dengar ceritanya, dah berpuluh-puluh orang dok tunggu nak masuk tender untuk canteen tu. Tapi ada yang kata, dah bagi kat someone... yang lain pula kata, mana ada, tender belum buka. Katanya dah a few orang from M'sia yang datang all the way melobby untuk tender canteen ni. Atok dok dengar, memang money pot lah this business... so patutlah berduyun-duyun dok kerumun. All previous operators dengarnya senang lenang thru that tender. Tapi so far, belum ada yang datang jenguk site and tengok the actual canteen and kitchen space, lum siap lagi pun. Orang kata, sapa yang kuat cable dia dapat... Bolehwood way. Mmm... atok nak masuk tender jugaklah, hahahahhahahahaha... coz I know the place in and out, and in fact I selected the kitchen equipments, floor and wall finishes.
Tapi....... no cable lah :(