semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Sunday, December 14, 2003

Sesat di jalanan

“Di sini rupanya kau!”, pekik ketua gurkha yang dihantar oleh tuan gembala.
“Mmm…apsal lama sangat baru kau jumpa aku? Bukannya aku gi mana pun, dok sini je”, jawab anjing gembala yang sekian lama terlepas lari dan diburu.

------------------------ di tempat tahanan pula --------------
“Nyusahkan orang je lah kau ni! Tak tahu mengenang budi !”, herdik tuan gembala pada anjing yang telah sekian lama mengganas di kampong.

Anjing yang nampak keletihan dan tak terurus setelah begitu lama menyorok di sana sini hanya mampu separa senyum sambil melurut bulunya yang agak panjang dan kusut masai.

“Tapi dulu tuan jugak yang ajar saya buat benda-benda macam ni”, balas anjing dengan berani.

Gembala tersenyum. “Dulu lain, dulu kau kerja dengan aku, ikut rancangan aku. Tapi kau bodoh, lari dari telunjuk aku, buat hal sendiri. Sekarang sapa susah!? Kalau kau masih ikut aku, tak de nak jadi macam ni. Sekarang ni semua orang nak lanyak kau, aku pun tak boleh selamatkan kau. Aku dah kata dulu, ikut sahaja apa yang aku suruh, jangan nak pandai-pandai ikut hati kau, bodoh!”.

“Aku kepala kat sini, apa hajat aku tak ada siapa pun boleh sanggah, kau pun tahu. Aku tahu aku jahat, tapi jahat aku ada class, bukan jahat sembrono macam kau! Kau kena faham, dah banyak kali aku cakap dulu, nak buat jahat kena ada peracangan yang terbaik, kalau tidak… jadilah macam kau…jahat koboi, bodoh! Sekarang ni aku pun turut susah, orang lain semua nak tanya kau, pasal kisah lama-lama. Aku bagi warning, kalau kau sebut nama aku…siappp kau! Kau akan lupus dengan penuh kehinaan.”

“Aku akan bagitahu semuanya…segalanya! Kau yang suruh aku buat pada mulanya…aku tak kira, aku pun ada maruah”, jawab sang anjing penuh berani.

“Kurang ajar!”, herdik tuan gembala. “Nanti kau tahulah akibatnya”, tambahnya lagi.
“Ahhhh..kau ni dah biol, tak betul..mereng, kau tahu…mereng. Tak de masalah aku nak layan kau. Lagipun aku dah penat ni, berambussssss kau!”

“Bangun!!!”, herdik gurkha yang berbadan besar di belakang, sambil sedikit menolak bahu sang anjing yang tesesat jalan.

Lalu mereka beredar ke kamar kecil tempat tahanan.

Dengan nada separa berbisik, sang gurkha berkata pada sang anjing, “Taka pa lah encik saddam, paling busuk pun, encik malam ni boleh tidur lena di tilam empuk, bilik air-cond, ada ensuite, makan minum pun enak. Tak payah lari sembunyi dalam gua sana sini lagi dah. Selamat kembali ke pangkal jalan, jalan kita ”.

Comments: Post a Comment