semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Saturday, November 15, 2003

Semalam atok menerima kad raya pertama dari tanah melayu bumi malaysia; malah 2 kad serentak. Satu dari kenalan lama seorang pelakon terkenal, dan seorang lagi dari rakan tionghua. Dah 2 tahun atok tak berkesempatan nak buat kad raya, cuma hantar flash e-kad yang atok buat. Nampaknya tahun ni nak kena rajinkan diri sikitlah untuk buat kad. Namun, berulang alik ke kotaraya setiap hari agak begitu memenatkan, tambah pula bila terpaksa berdiri di setiap perjalanan keretapi. Namun, setelah sebulan, rasanya atok dah semakin terbiasa dengan rutin ini.

Semalam juga kami berbuka di Holiday Villa yang mengadakan buffet ramadan di setiap tahun. Agak ramai, maklumlah petang Jumaat. Kelihatan juga, Duta Malaysia yang baru, Dato' Aziz di meja VIP. Juadah semalam tak kurang hebatnya; tapi maklum sajalah...makan bersama boss dan rakan2 beliau, tak boleh nak 'melantak' banyak-banyak > segan. Yang bagusnya, disediakan tempat solat di tingkat bawah. Tak pasti pulak atok samada diadakan solat terawikh di dewan konferen seperti di tahun lepas. Kalau selalu tu atok bersama rakan2 + keluarga, makan sakan > cuba semua juadah. Yelah, dah bayar memahal, kenalah berbaloi....ataupun balik modal (kata orang tanah serendah sekebun bunga).

Teringat juga keindahan berbuka di tanahair yang penuh kemeriahan....

Comments: Post a Comment