Realiti dan Fantasi
Kerana didapati 'menipu', wartawan terkenal Sky News, James Forlong, telah mengantung diri kerana tidak tertahan tekanan kehidupan yang dialami. Tipuannya adalah dengan 'melakonkan' adengan perang dari kapal selam HMS Splendid semasa Perang Iraq baru-baru ini. Wartawan yang pernah membuat liputan dari Malaysia dan Nusantara ini terpaksa meninggalkan kerjaya yang dicintainya selepas disiasat oleh majikan pada bulan Julai lalu dan tidak upaya untuk mencari pekerjaan ganti sejak itu.Dr Kelly juga menamatkan nyawanya kerana tekanan akibat disiasat dan di'jelek'kan oleh banyak pihak atas pendapatnya berkenaan dengan maklumat ketenteraan Iraq. Dia tak tipu...hanya bersuara gusar dan sangsi.
Begitulah hebatnya tekanan media massa di abad ini, yang belum pernah terjadi di masa lalu. Liputan 24 jam 7 hari 7 malam dari seluruh pelusuk dunia yang dikehendaki oleh umat manusia telah meletakkan mereka yang bertugas di paras tekanan yang amat tinggi. Masing-masing harus bergegas dan menunjuk upaya bahawa merekalah wartawan yang paling jaguh, paling sensasi, paling terdahulu dalam setiap kisah. Ternyata dalam dunia kewartawanan yang pantas (dan semakin pantas) ini, kesilapan amat senang bertandang.
Namun kesalahan hanya selalunya memakan tubuh-tubuh kecil yang tiada daya, sedang tuan laksamana pendekar agong takkan berganjak dari takhta empuk walau ribuan silap tersembul dikocek. Tidak ada mimpi yang akan membawa laksamana Bush dan Blair untuk mengaku salah mereka...langkah ganas tetap diorak, keris berdarah terus dihunus. Pada yang mungkir, robek digolos.
Malam tadi, saluran televisyen ITV telah mengambil keputusan untuk menayang semula dokumentari oleh wartawan terkenal John Pilger yang bertajuk 'Breaking The Silence'. Dokumentari sejam yang keras menghentam Amerika & Co dalam isu Perang Iraq ini pada mulanya ditayang pada 22/9 yang lalu. Lantaran terlalu ramai yang bertanya tentangnya, maka segmen kali ini diadakan dengan sessi soal-jawab di akhir rancangan, bersama dengan John Pilger sendiri. Terlalu banyak tipu helah dan putar belit Bush dan Rakan-rakan yang diwartakan oleh Pilger di dalam rancangan ini.
Ahli ilusi handal Britain, Derren Brown telahpun mempemerkan kehebatan beliau dalam aksi terkini dengan bermain 'Russian roulette' secara langsung di tv. Ramai sungguh yang ingin menembaknya, 12,500 orang telah memohon untuk 5 tempat yang dikehendaki. Kecohlah seantaro pulau mendesak aksi ini dibatalkan kerana takut-takut ia ditiru oleh anak muda yang saban hari semakin ganas dan kurang ajar. Persetankan semua itu, Derren teruskan juga....Bang! Bang! dua kali pistol Smith & Wesson ditembak dikepalanya...kosong. Seterusnya, tembakkan ketiga ke arah guni pasir, Bang! berlubang.
Rupa-rupanya....aksi ini hanya menggunakan pistol mainan. Semua tertipu. Mungkin rakan atok di sini, Saudara A yang pernah membekalkan pistol Smith & Wesson kepada PDRM selama 25 tahun dah boleh cam ketipuan senjata maut itu.
nota kaki: Rio Ferdinand lupa nak kencing dalam botol, langsung tak boleh ke Stadium Sucru Saracoglu bersama rakan-rakan hari Sabtu ini. Go go Turkiye !!!