semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Saturday, October 04, 2003

Selamat maju jaya sahabat....

Hari ini, pada tahun 1957, Soviet Union telah memeranjatkan umat dunia dengan melancarkan satelit pertama, Sputnik, mengelilingi bumi...lantas memulakan Perang Angkasa.

Malam tadi, kami ke Heathrow Airport menghantar sahabat kami Dr R dan keluarga pulang ke tanahair tercinta. Anak muda lewat 20'an dari Muar ini telah tamat pengajian PhD beliau dalam bidang Aeroangkasa (aerospace) di Oxford University dengan cemerlang. Thesisnya telah diminta cetak sebanyak 14 salinan untuk agihan, walaupun ianya akan hanya diwartakan kepada umum 5 tahun lagi atas sebab-sebab rahsia komersil, sebagaimana yang disyaratkan oleh pembiaya kajian, Rolls-Royce plc, yang telahpun mengguna pakai hasil kerja beliau. Kami sering mengusik beliau dengan panggilan 'cosmonaut' dan 'austronaut' pertama Malaysia; Dr R telah dianjurkan oleh ketua jabatannya untuk memohon ke program angkasa negara yang akan bermula tahun hadapan bersama Russia.

Dengan kepulangan beliau, maka kehilanganlah orang kanan (dan pemain kompang) Sidi Muhd Afifi al-akiti dalam majlis2 mawlid dan qasidah. Alhamdulillah, ilmunya telah diperturunkan kepada Saudara N yang akan mengambilalih peranan tersebut.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya! hingga kita bertemu lagi...

Comments: Post a Comment


Links to this post:

Create a Link