semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Thursday, September 06, 2007

Hari-hari akhir yang teramat sibuk

Hari ini bermulalah tahun akademik yang baru bagi Kakak.

Tapi tiga empat hari di penghujung percutian tahunan cuti musim panas begitu memenatkan bagi Kakak. Hari Isnin tu, ada OMEC Merdeka Ball 2007. Kakak diminta menyanyikan satu lagu sebelum penghibur utama malam itu, penyanyi jazz tanahair Shahrizan Borhan - 'King of Swing', naik ke pentas, sejurus selepas Parveen (2nd runner-up Miss Msia World 2004) melenggukkan tarian fusion beliau.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tiba di rumah dah nak dekat jam 2:00 pagi.

Esoknya pepagi lagi, jam 6:00 atok dah keluar hantar Kakak ke Pinewood Studios untuk penggambaran filem 'Hippie Hippie Shake', yang dibintangi oleh Sienna Miller. Seharian di set, dengan pakaian 60an... adengan menari di konsert. Jam 6 petang baru tamat, dan terus berkejar ke London sekali lagi. Ibukota hari Selasa tu agak kecoh kerana mogok pekerja keretapi bawah-tanah.

Jam 8:30 malam barulah kami tiba di New Connaught Rooms di Covent Garden, berlari-lari kami selepas akhirnya berjaya meletak kereta, setelah dua kali pusing. Nasib baiklah, acara malam itu pun agak terlewat sedikit.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kami hadir kerana Kakak sekali lagi diminta menyanyikan satu lagu sebagai 'selingan'. Lagu pilihannya ialah 'Electricity' dari filem Billy Elliot, ciptaan Elton John.

Jam 12 tengahmalam barulah kami tiba rumah, Kakak tidur kepenatan sepanjang perjalanan.

Esoknya, pepagi Rabu, sekali lagi bergegas ke Pinewood Studios. Jam 7:30 malam barulah Kakak tiba balik ke rumah... terus kecoh siapkan barang-barang ke sekolah. Fuhhhh.... penat sakan.

Anyway, all the very best to Kakak for this 2007/2008 academic year .... an exam year.

Comments:
Fuyoooohhh.....terrerrr! I am proud of Kakak...waaa...mawi pi london! he!he!
 
Tak main lah Mawi. Akhil Hayy lagi mengancam! Cuba atok tengok youtube lagu seroja...nak nak versi Tok Guru...power!
 
Post a Comment