sibuk di hujung minggu
Hujung minggu hari tu Atok sibuk dengan aktiviti tahunan Persatuan Masyarakat Melayu UK , Perhimpunan Keluarga, satu perhimpunan yang dimulakan sejak tahun 2003. Walaupun pada awalnya kami ingin mengadakan aktiviti yang agak berlainan, setelah empat kali/tahun ... tapi ada beberapa ahli yang meminta untuk sekali lagi diadakan aktiviti format ini.Seperti di tahun-tahun lalu, pihak persatuan mengadakan aktiviti ini di kem pengakap, kali ini di Youlbury Scout Camp di Oxford. Bersama pada kali ini ialah Exco Majlis Belia Negeri Sembilan. Pada penghujung tahun lalu MBNNS telah mengadakan Program Pertukaran Belia Melayu Sedunia dan Melayu UK telah menghantar dua orang anak muda dari sini untuk mengecapi adat resam budaya bangsa.
Kehadiran Exco MBNNS di program tahun ini dimanafaatkan dengan menandatangani Memorandum Kerjasama antara Melayu UK & MBNNS. Juga di perhimpunan kali ini, bersesuaian dengan tema perhimpunan, 'Empowering Our Youth' persatuan telah melancarkan Sayap Belia sebagai barisan pelapis di masa depan. Pembentukan Melayu UK Youth ini juga adalah bagi memenuhi permintaan generasi ke-2 & ke-3 masyarakat Melayu di UK ini, yang semestinya mempunyai nilai, pandangan dan keperluan yang berlainan dengan generasi pertama.
Seperti di tahun-tahun yang lalu, hanya lebih kurang 50% sahaja yang menghadiri perhimpunan ini mempunyai pertalian dengan faktor 'melayu', samada sememangnya orang melayu, ataupun yang berkahwin dengan orang melayu. Selebihnya, keluarga Arab, Pakistan, Bangla dan lain-lain... yang agak 'terpesona' dengan cara Melayu kita. Malah ada beberapa keluarga 'asing' yang telah setiap tahun menghadiri perhimpunan ini. Fenomena ini sekali lagi menunjukkan sikap accommodative kita yang membolehkan mereka turut serta. Melalui pengalaman peribadi atok, ini tidak berlaku sebaliknya, yakni... agak susah bagi kita untuk menyesuaikan diri / diterima menyertai program-program mereka.
Hanya Atok yang ke sana; Kakak yang ingin sekali turut serta tidak dapat hadir kerana ada photoshoot untuk majalah Girl Talk keluaran BBC Worldwide Ltd, sejak hari Rabu lagi. Kakak and two other girls buat this job sampai Januari tahun depan, selepas melalui 2-stage casting/audition beberapa bulan lepas. First stage tu adalah dalam 20+ org girls, lepas tu untuk final selection tu, hanya 6 orang yang dipanggil... dan akhirnya 3 terpilih untuk segmen 'Photo Story' ini.
Hari Ahad pula, Mummy nye harijadi.... kami minum petang di Island Bar Restaurant, berapa meter sahaja dari rumah, di Pipers Island bersebelahan Caversham Bridge. Hari panas, maka ramailah yang bersantaian, sungguh berlainan sekali dengan suasana seminggu lalu di mana masing-masing di dalam kerisauan dengan air sungai Thames yang semakin meninggi. Alhamdulillah, Reading tidak menerima bencana seperti di tempat-tempat lain.
Kemudian, kami makan malam di Taste of Malaysia Cafe... tempat kami selalu lepak dengan kawan2 serantau, pekena nasi lemak dan teh tarik/ais.