semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Tuesday, October 26, 2004

Well Done Kakak

A few months ago, Kakak missed out on an audition for a part in the Miss Saigon play due to her being 6 inches taller than the required height for the part. Last week, however, she was invited to an audition for The King & I : UK Tour, of which she excitedly went with mummy in London.

And last night, the casting agent called and offered her a role in the tour. Details are coming in the post.
Well done Kakak !

Saturday, October 23, 2004

Happy Birthday Adik

Adik is 1 year old today.
Happy Birthday Adik !


xxx
daddy, mummy, kakak

Friday, October 22, 2004

Di-bahasa standard-kan

Dah a few tempat/blog atok tulis komen ni, tapi saja lah nak tulis lagi kat sini pulak. It's simply about 'keropok lekor'. Hari tu Pak Adib ada bagi link rencana di NST pasal beberapa pengusaha keropok ini yang
telah menjadi jutawan di Terengganu. Sememangnya, keropok ini hanya menjadi popular hanya di
lewat milenium yang lalu. Mungkin ianya bersangkutan dengan penghijrahan yang ramai akan rakyat
K'tan & T'ganu yang begitu aktif berniaga di merata tempat. Juga perkembangan trend permakanan
yang berkembang dengan juadah yang semakin perbagai. Wallahualam.


Namun bukan itu yang atok nak tulis. Yang nak dikisahkan ialah istilah, ataupun perkataan yang
digunapakai. 'Keropok Lekor' atau 'Keropok Leko' diambil dari tuturan T'ganu 'Khepok Leko'. Dalam
proses membuat keropok ini, setelah ianya dibentuk panjang-panjang dengan cara menggetel, ianya
dilengkarkan di dalam loyang untuk direbus. Aksi lengkar inilah yang memberinya nama 'leko' dalam
dialek T'ganu.
Di Kelantan pula, namanya 'Khepok Gote', diambil dari aksi menggentel adunan untuk
menjadikannya rod panjang-panjang. Dalam kata lain, orang K'tan menamakan keropok mereka tatkala
menggentel, manakala orang T'ganu menamakannya tatkala melengkar (selepas digentel).

Maka, jika kita Bahasa Melayu kan kedua-dua ini, ia sepatutnya menjadi:
- Keropok Lengkar (dari T'ganu), ataupun
- Keropok Gentel (dari K'tan)

Begitu juga halnya dengan 'Laksae', yang tetiba jadi 'Laksam'. Tidak ada imbasan dalam tuturan Kelate ini akan huruf penghujungnya. Ia boleh jadi 'laksan', 'laksam', ataupun 'laksang'. Siapa yang pandai-pandai membahasa standardkan perkataan ini sebagai 'laksam' ???

Selamat Ber-Ramadhan

Thursday, October 21, 2004

Ubat Kuat Misteri

Pihak berkuasa Russia dikatakan menggaru kepala melihat keputusan ujian forensik pada mayat 32 orang 'pengganas' yang terbunuh dalam kejadian sekolah di Beslan baru-baru ini. Mengikut sukatan dose yang diperolehi dari mayat-mayat mereka, jika ianya adalah dadah mophine ataupun heroin, ianya adalah ditahap yang begitu tinggi dan boleh membawa maut. Mereka binggung akan jenis dadah apakah yang diambil oleh 'pengganas-pengganas' itu yang membolehkan mereka terus melawan pihak berkuasa Russia yang merempuh masuk walaupun dalam keadaan cedera parah dan kesakitan yang amat. Menurut Senator Alexander Torshin yang mengetuai penyiasatan, maklumat yang ditemui adalah 'terlalu ngeri untuk didedahkan'. Tambahnya lagi, dia berpendapat bahawa sejenis dadah baru yang tidak diketahui telah diambil oleh 'pengganas-pengganas' tersebut.

Monday, October 18, 2004

Macam Malaya, Bukan Macam Vietnam

Begitulah tutur Colonel Tim Collins, seorang ketua perang askar British di Iraq yang pernah disanjung tinggi (tapi kemudiannya berhenti memprotes) dalam temuramah di Radio 4 pagi tadi. Ianya berkenaan dengan isu hangat yang dibincangkan sehari dua ini di sini; Amerika meminta sejumlah askar British mengisi kekosongan mereka di kawasan-kawasan yang dianggap amat berkecamuk. Buat masa sekarang, askar British hanya bertugas di sebelah selatan yang lebih stabil. Permintaan ini jelas pada ramai, adalah usaha kem pilihanraya Bush untuk mempamerkan kejayaan mereka mendapat sokongan yang lebih luas dalam polisi keras mereka di Iraq. Namun, di UK, ia mendapat kecaman ramai.

Maka pagi tadi, berkatalah hero perang, bahawa cara dan budaya askar British adalah amat berbeza dengan askar Amerika yang sering menunjukkkan kekuasaan kelengkapan canggih perang mereka dengan serangan demi serangan hingga menambah benci rakyat yang sering terperangkap. British pula lebih bersikap ingin dekat mendekati dengan rakyat marhaen dan menjalin kepercayaan antara satu sama lain. Oleh itu beliau memberi contoh bagaimana British menangani Emergency (Darurat) di Malaya dahulu dengan polisi yang lebih baik dan kurang berkonfrantasi dengan rakyat jelata, bukan seperti cara Amerika melancarkan kempen rakus mereka di Vietnam.

kemanakah kau
akan pergi
andai negaramu
akan mati

sanggupkah kau gugur
demi pertiwimu
pengorbananmu
tetap dikehendaki
bangsamu
(Belantara)

Wednesday, October 13, 2004

al-fatihah

Two days ago, Pak Salim's mother passed away. Everybody (Malays) knows Pak Salim in Oxford; a towering elderly figure with white hairs, often mistaken as bin Laden's double especially when he put on his black turban and robe. Pak Salim, originally from Kg. Hj. Salam, Singapore, came here with his parents when he was young and been staying here since.

Earlier today, we gathered at Stanley Mosque after zuhr prayer for the Fardhu Kifayah jenazah prayer. After which we convoyed to the Botley Cemetery. Muslim section was at the far end corner, after the Commonwealth War Graves. It rained heavily right from the beginning, and it was the very first time in my life I participated in carrying a coffin. The majlis was adminsitered by the erudite young Malaysian scholar from the Oxford Centre for Islamic Studies, Sheikh Mohd Afifi al-akiti. It went well...alhamdulillah.

Sheikh Afifi really wanted to make sure the majlis went in accordance to our Shafie's ways, hence he rallied all fellow Nusantarans to attend. Coz earlier he found out, rather surprisingly, the way local Muslims has been doing wasn't quite right. To quote part of his email:

  • Please come and help, as there is a sad but true saying among our scholars in Arabic: kama tadinu tudanu [what goes around comes around!]; we all sincerely hope and pray that in this difficult and "abnormal" country for Muslims to live in, the day that when we ourselves will die, we will not meet the same difficulties as what Pak Salim is facing right now. Please extend your help to his family now.

Saturday, Pak Salim will be hosting a majlis of qatam al-Quran for his beloved late mum.

"al-fAtiHata ila ruHah al-marHumah Safiyah binti Simin al-fatihah!", to quote the Sheikh.

Saturday, October 09, 2004

Selamat Tinggal ... Selamat Datang

Selamat tinggal Smart, terima kasih atas segala jasamu membawaku ke sana sini. Situasi sudah berubah, kau terpaksa pergi...


Ni dia, sudah siap sedia di ruang khas penerimaan.


Selepas segala urusan surat menyurat ditandatangani, Atok beredar dengan yang baru. Sempat mengucapkan salam terakhir buat Smart tercinta...


Selamat Sejahtera hendaknya....amin.

Friday, October 08, 2004

Sifu mari

Dua tiga minggu lepas, rakan atok Chef Syawal of Holiday Villa London bagitahu:

"M Nasir buat konsert kat sini 9hb nanti, kau datanglah".
Atok tanya, "Berapa tiket?".
Dia jawab, "£25".
Atok kata "Mahalnye!".
Syawal explained, "Dengan makan sekali lah".

Then, kelmarin, kenalan atok tuan manager Holiday Villa, Jefri texted (mesia panggil 'sms'):
M Nasir dinner n show at holiday villa on 9 n 10 oct. Price £25 per person

Atok replied: Tak de discount ke?
Jefri jawab: Children 20. Adult 25

Well, kalau 10 tahun dahulu mungkin atok berkejar untuk berhibur bersama Sifu. Tapi sekarang dah tak laratlah. Tahun 1992, Sifu mengadakan konsert solo sulungnya di Wisma MCA Jalan Ampang dan atok antara yang beronggeng sakan di barisan 3 dari hadapan. Dewannya tidaklah besar, dan yang hadir tidaklah perlu bersesak. Masa tu Sifu baru ada 2 album. Di samping tu beliau juga dendangkan lagu2 evergreen Kembara. Namun rasa atok, konsert2 beliau sejak hari itu teleh menjadi padat dan amat popular. Untung atok menikmati seninya tatkala suasana masih agak tenang suatu waktu dahulu.

Sepertimana juga dengan Abiet G. Ade, atok dan seorang rakan di sekolah dahulu (awal 80'an) telahpun berdendang lagu-lagu puitis beliau di dorm di petang hari, dan sememangnya 'dikutuk' oleh teman-teman yang lain, "lagu indon apa korang dengar ni?". Namun selepas Sifu berdendang dengan Abiet, maka mulalah ramai rakyat Msia nampak Abiet.

Semasa di KPP Shah Alam dahulu (akhir 80'an), atok dok berhibur dengan bait-bait Kopratasa... juga tidak diendahkan oleh sekelian ramai. Namun setelah lagu-lagu mereka dinyanyikan semula akhir-akhir ini, mulalah naik top pula. Heran, dulu rakyat jelata ramai yang tak endah nak dengar pun. Mungkin atok ni yang dengar lagu pelik2... tapi kemudiannya tak jadi pelik, malah jadi popular.

kau, aku
dia, mereka
adalah kita

yang berhak memiliki
pilihan sendiri

asalkan tidak lari
dari kewarasan

sebagai
seorang-orang
(kopratasa)

Kereta mari

Our new Platinum Ice RX300 SE has arrived at our local Lexus dealer; picking up tomorrow.

Friday, October 01, 2004

'Islam, Malaysia & the Wider World'

Begitulah tajuk bicara Pak Lah siang tadi di Magdalen (bacanya: 'maudlin') College Auditorium, Oxford University. Ruang auditorium agak penuh, dengan ramai juga yang tak dapat masuk. Kebanyakan lapuran akhbar harian tanahair lebih menyentuh tentang tawaran Pak Lah untuk menjadikan M'sia sebagai pusat 'conflict resolution'. Namun itu sebenarnya adalah segmen terakhir yang diucapkan; iaitu 3 tawaran Msia untuk dunia Islam.


sedang berucap

Antara kandungan utama ucapan beliau dalam menggariskan asas pembentukan kerajaan Islam yang cemerlang ialah 'good governance', 'transparency', 'promoting intellectual debate and discussion', 'ijtihad', etc. Beliau memberitahu hadirin akan langkah-langkah yang beliau ambil selepas menjadi PM, seperti pembasmian rasuah, pembentukan suruhanjaya mengkaji polis, dan lain-lain. Sememangnya ucapan ini dikhaskan untuk 'orang luar' yakni bukan rakyat Msia, kerana pada pendapat atok... tiada banyak yang belum didengar. Kalau nak baca the full text of the lecture, tentunya akan dimuatkan dalam website PM. [menurut sumber yang rapat, speech itu telah ditulis oleh Khairy; tak sempat nak tanya Khairy sendiri tadi].

Dalam sessi soal jawab antara wartawan pula, tiada banyak yang ditanya, hanya 4 soalan sahaja. 1 dari Mesir, 1 dari Syria, 1 dari Msia dan 1 dari UK.


kusyuk mendengar soalan dari wartawan syria di sebelah atok

Kemudiannya Pak Lah menyaksikan upacara tandatangan MOU antara Univ Malaya dan Oxford Centre for Islamic Studies.



Sebelum itu, selepas solat Jumaat, atok makan tengahari di Restoren Al-Salaam bersama Sheikh Afifi, VC Univ Malaya, En. Nazir & Ustaz Rahim of MSD dan SangKlate & family.


my fingers are very itchy to write on something more explosive matter allegedly happened on the same day, but...
i won't put myself into this highly dangerous territory; coz ... it might be a blunder (on my part) as the thing was.
still waiting for someone to start the story... then, i might follow on...

conundrum: lapanwajahparamku (4 perkataan)