semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Thursday, June 03, 2004

Musim itu datang lagi

Sejak dua tiga minggu ni, banyak sudahlah kenderaan di jalanan yang mengibarkan bendera England yang berupa salib merah berlatarbelakang putih (St. George's Cross) di sana sini. Di kedai-kedai pula penuh dengan segala macam benda yang melambangkan England. Tu dia... musim bola antarabangsa tiba lagi > Euro2004 Portugal yang akan bermula pada 12hb nanti.

Perlawanan pertama England (Group B) ialah menentang jaguh dunia Perancis pada 13hb di Lisbon, dan hari ini Encik David ketua pasukan kata depa tak gentar, malah boleh menang. Hahahahaa...

Ramai yang dah tahu (melalui blog lelama) yang atok ni bukanlah penyokong England dan juga semua kelab yg ada diseantaro England. Malah suatu waktu dahulu atok pernah membengangkan rakan pejabat mat saleh atok dengan mengatakan jika England lawan Eskimo sekalipun, atok akan sokong Eskimo; marah sakan mat saleh semua. Depa ni cakap je banyak, main tarak apa pun, hampeh je. Kalau ada tournament cakap pasal bola, sure England menang every year punyalah. Satu insiden di Piala Dunia yang lalu...

Memang kebiasaannya di Piala Dunia, bilamana pasukan England bermain di waktu pejabat, maka hampir semua pejabat di pulau ini memberi peluang pada staff untuk menonton. Nanti ganti je waktu yang 'digunakan' itu di masa yang lain. Di pejabat yang empunya bilik mesyuarat yang besar, selalunya ditayangkan perlawanan di situ. Maka di suatu hari ni, England lawan Brazil.. dan penuhlah the Main Conference Room di pejabat atok. Adalah dalam 40-50 orang laki pompuan dalam tu. Atok dok depan sebelah kiri. Bila England scored je, waduh... hiruk pikuk bilik, semua melonjak.. kecuali atok, diam je. Dalam hati kata, bagi chanlah.. sat gi sure lingkupnya lah. Then, seperti yang dijangka, Brazil scored! And guess what...

Atok sorang je melonjak bangun bersorak!!! Dan bila atok toleh belakang, kesemua orang dengan muka bengis singa macam tak makan seminggu... terlopong tengok atok. Sunyi sepi satu bilik. One of the guys datang kat atok, dia kata "I'll kill you if Brazil win!". Brazil did win (against the schoolboys England) and I'm still alive, thank God. Tapi sebelum that game, my boss kata kat atok, "We are all Brazil supporters, in the closet".

Bukan apa, atok tengok bola (and any other sports) sebagai entertainment semata-mata. Jadi mana-mana pasukan yang bagi seronok and entertaining, yang tu atok suka. England main mana ada entertaining langsung, semuanya textbook football je. Menang kalah, semuanya boring je main, takde fancy-fancy yang atok nak tengok. Last World Cup pun, mana ada pemain England yang masuk World's Best 11, tarak... bo liao, habok. Encik David dari keturunan Beckham pun tarak nampak bayang. Dia ni tarak apa pun, cuma rajin je... kejar bola sana sini. Takat boleh sepak lencung, ramai lagi boleh eh... Glamer je lebih bang oii.

Nantilah, kita tengok the opening game against France. Tengok Encik Zinedine... dia ni bukan pemain bola sebenarnya, tapi magician. Dia tak kejar bola pun, bola dok gi kat dia. Dan bila bola ada pada dia, dia akan buat magic, je jengggg. Tu belum masuk kengkawannya lagi, Encik Thierry dari keluarga Henry, Encik Patrick dari keluarga Vieira dan lain-lain.

"mari kita tengok siapa yang kenaaaaaaaaa".

Comments: Post a Comment