semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Monday, March 22, 2004

Begitulah adanya

Segalanya selesai. Tidak perlulah diwar-warkan kemenangan BN kerana rata-rata marhean sudah maklum puak ini akan menjulang tropi dalam persilatan yang tidak sekufu ini. Pada pandangan Atok:-

- Pak Lah agak bijak menjalankan pilihanraya secepat mungkin (bila masalah2 asas sudah selesai), kerana beliau masih belum 'kotor' lagi. Kalau tunggu lama-lama, makin banyak cerpen panas yang akan keluar dari celah-celah dinding kota;

- Kepinggiran Maharaja lama/tua telah menyelamatkan BN kerana beliau dilihat sebagai sitting duck dengan guninya yang bocor disana sini kelihatan bersepah di merata tempat tak upaya disorok lagi;

- Penarikan diri kumpulan aktif Abim yang sebelum ini adalah jentera besi keluli pacuan empat roda KeAdilan sejak beberapa bulan yang lampau akibat pergeseran dalaman telah melumpuhkan banyak anggota tubuh badan parti ini. Disamping terlalu menitikberatkan kisah laksamana terpenjara, lantas tampak kurang pesona tanpa isu-isu rakyat pacar yang hina yang bertebaran;

- Penyerangan secara total ke atas puak PAS dari setiap sudut dengan jurus dan buah-buah maut, di samping 'kesilapan' beberapa sifunya sendiri yang mengeluarkan titah yang kurang menghiburkan di detik-detik penghujung. Penaburan dana yang tidak dapat dibayangkan dari ketumbukan berpanji biru tua mungkin berjaya membeli nafs ramai marhaen dari bumi berbulan purnama; di samping...

seperti biasanya, pihak penganjur pertandingan yang dicucuk hidungnya dengan tali emas, ditunggang dan dibelati hingga tidak upaya hatta untuk membuka mata mengintai.

yang manis jangan terus ditelan
yang pahit jangan terus dibuang


"The truth is more important than the facts" - FLlW

Comments: Post a Comment