semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Wednesday, April 21, 2004

Wahhh...lamanya tak menulis kat sini. Aktiviti di site agak sibuk sekali akhir-akhir ini, maklumlah... dah tiba ke penghujung projek. Minggu lepas Dato' Seri Syed Hamid Albar dibawa melawat, dan sebelum ni dah tak terkira lagi dah berapa orang besar-besar yang datang menjenguk di sebalik tirai akan rupa paras MSD baru ini. Rasanya macam setiap mereka yang datang ke UK akan melawat. Begitulah tersohornya akan bangunan MSD ni, tak kira di mana berada. Tambah pula yang 'baru' (bukan bangunan baru, cuma ubahsuai dari hotel).

Telah pun dicanang akan saat akhir hayat MSD & Msia Hall di Bryanston Square setelah 50 tahun bertapak di situ. Jam 5:00 petang tanggal 30hb April ini akan lenyaplah segalanya di situ, dan sejurus kemudian bermulalah kisah baru di Queensborough Terrace, Bayswater.

Mak oiiii... banyaknya keje atok nak kena siapkan untuk Penyerahan Bangunan kepada JKR pada 28hb ini. Banyak documentation yg perlu disegerakan; berhempas pulas lah nampaknya nanti ni.

Comments: Post a Comment