semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Friday, May 28, 2004

Masih di sini....

Walaupun secara resminya, khidmat atok di projek MSD Baru telah tamat pada 15hb yang lalu lagi, tapi atok masih lagi bertandang ke situ. Bukan apa, ada beberapa perkara kecil yang atok masih membantu. Hari ni, atok tolong memprogramkan kad akses yang akan diberikan pada semua staf di situ. Bangunan ini menggunakan sistem kad akses (saiz kad kredit) untuk pintu masuk luaran dan juga pada semua pintu utama di kedua-dua ruang tangga. Sistem ini kebiasaannya digunakan di hotel-hotel. Segalanya boleh diprogramkan; untuk beri akses pada semua pintu, atau sebahagian sahaja, dan juga pada tempoh waktu dan hari yang tertentu. Disamping itu juga, data di pintu boleh dimuat-turun ke komputer untuk melihat siapakah yang masuk di pintu berkenaan beserta tarikh dan waktunya sekali, termasuklah siapakah yang cuba masuk (tapi tak lepas pasal kadnya tidak memberi akses). Namun, penghuni yang bakal menginap di kesemua 36 bilik di kedua-dua paras 3 dan 4 tidak akan dibekalkan dengan kad akses ini (Bilik-bilik belum beroperasi untuk penginapan).

Sejak bangunan ini dibuka minggu lepas, sudah pun diadakan beberapa majlis dan program pelajar. Setakat hari ini, rasanya semua telah berjalan lancar, alhamdulillah. Walaupun kantin masih belum diniagakan, ruangnya di paras 'basement' telah digunakan untuk beberapa jamuan yang ditempah makanannya dari pihak-pihak luar.

Solat Jumaat hari ni, buat pertama kalinya atok ke masjid yang terletak bersebelahan dengan Qatar Embassy off Park Lane. Tak tahu pun ada masjid kat situ. Dah tu pulak, ada dua sessi solat jumaat kat situ. Sessi pertama jam 1 tengahari, dan sessi kedua jam 2 petang. Kami ke sessi yang kedua. Qutbah pula keseluruhannya dalam Bahasa Arab, dan panjang pulak tu. Tak de la atok faham, tapi dapat la jugak tangkap sikit-sikit yang diqutbahkan itu adalah kisah dan sejarah Palestine, termasuklah Masjidil Aqsa.

Have a nice Bank Holiday weekend... kalau tak de rancangan, boleh join Perhimpunan Keluarga Tahunan Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom di Kibblestone Scout Camp, Stone (berdekatan dengan Stoke-on-Trent). Ada banyak aktiviti menarik untuk semua lapisan umur.

"No stream rises higher than its source. What ever man might build could never express or reflect more than he was. He could record neither more nor less than he had learned of life when the buildings were built." - Frank Lloyd Wright, The Master Builder

Comments: Post a Comment