semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Tuesday, June 08, 2004

Hari ni panas, 29dC sama seperti semalam. Dan hari ni juga, Venus melintasi mentari. Fenomena ini terakhir boleh dilihat sini pada tahun 1283 dulu. Tapi pasal time tu mana ada teleskop lagi, maka ianya berlalu tanpa pengetahuan kebanyakan orang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, suhu musim panas di pulau ini semakin meningkat. Global warming kata orang. Ada kenalan atok yang buat bisnes air-cond bagitahu, sejak tahun lepas beliau banyak menerima pelanggan kediaman yang nak pasang air-cond kat rumah; dulu mana ada cam ni. Memang tak tertahan panasnya; kering dan tak berangin.

Seperti biasa, bila panas... di waktu rehat tengahari maka berduyun-duyunlah keluar dari tempat kerja untuk bersantaian di mana jua tempat yang bermatahari. Sebelum tiba ke pulau ini 10 tahun lalu, susah hendak faham pasal apa nak dok berjemur di tengah panas. Kalau di Msia, kita kata orang gila. Teringat atok akan pensyarah-pensyarah amerika di KPP dulu yang sering berjemur sambil makan sandwich di waktu lunch. "Gila", kata kami. Tapi setelah tinggal di sini, barulah faham akan faktor mentari dan panas ini, malah telah turut sama meraikannya. Tapi masih, kalau Msians buat BBQ atau gathering (at public parks or homes), senang je nak cari... tengok je bawah pokok mana-mana... mesti jumpa. Masih takut hitam... hehehehe. Mat saleh semua nak hitam, lawa bagi mereka; angkara Coco Chanel.

Ice shaver machine kami pun dah rosak, nak kena cari gantilah. Kalau tak... takdelah ABC tahun ni kat rumah.

Comments: Post a Comment


Links to this post:

Create a Link