Selamat Me-X
Kepada rakyat tanah tumpah darah, selamat mengundi.Atok tak ngundilah. Bukan apa... undi pos, tahu-tahu jelah kan, bukannya boleh percaya sangat kredibilitinya. Ntah tiba/dikira ntah tidak. Mengikut senarai dari Pejabat Kedutaan Besar Msia di London, hanya 18 orang sahaja yang telah mendaftar untuk mengundi pos dari pulau impirialis ini. Lagipun, mengikut kenyataan resmi dari pejabat itu, kertas-kertas undi hanya diterima oleh mereka pada 19hb (Jumaat) untuk dihantar kepada pengundi berdaftar. Katalah, Sabtu tiba pada pengundi, ataupun mungkin Jumaat juga tiba kalau pejabat Duta hantar melalui 'same day' kourier. Dahtu, pengundi kena hantar balik kertas-kertas undi tersebut ke SPR Msia dengan apa cara sekalipun dan hendaklah tiba di tangan SPR sebelum jam 5:00 petang 21hb Ahad untuk diterima sebagai undi pos. Mmmm... pos laju pun paling cepat 4 hari baru sampai. Buat pengabih duit je lah sudahnya. [another chapter of SPR's lawak jenaka hiburan rakyat jelata].
Lagipun, untuk kerusi di tempat atok... dah tahu pemenangnya. Di pilihanraya sebelum ini, DUN dimenangi oleh PAS dengan majoriti 7 ribu lebih, sementara Parlimen oleh KeAdilan dengan majoriti 10 ribu lebih. Lagi mau lawan ka? Takpalah... bagi chan la.
All the best to all... fair play please [a bit tall order though]. I'll be checking the results from here...
mari lah mari
pergi mengundi
tunaikan kewajipan
pada negara
jeng je jeng... je jeng, je jengggg
[kempen undi dulu-dulu]