semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Friday, October 31, 2003

Resepi baru

Maaflah, dah seminggu lebih tak update blog ni. Rasanya semua maklum, resepi baru kehidupan atok agak padat akhir-akhir ini - anak kecil, tidur yg terjaga dek tangisan dan tugasan menukar lampin, berulang-alik ke London, terawikh dan lain-lain. Berbuka selalunya di site, dengan beberapa pekerja Muslim yang lain. Simple sahaja, ala koboi. Dengan pinggan kertas, gelas plastik, juadah masakan rakan Afghan bersama roti pita....dalam kesejukan.

Biasanya, atok tiba di rumah dalam jam 7:00-7:15 malam, dan terus bergegas untuk solat terawikh bersama teman-teman seMalaysia di sini yang bermula pada jam 7:30 dengan solat Isyak. Alhamdulillah, Saudara A mewakafkan rumah lamanya yang masih kosong sebagai tempat solat. Kami hanya buat 8 rakaat + witir, dan seperti biasa...diakhirannya berehat sambil menikmati juadah ringan + teh tarik.

Jauh di tanahair tumpah darah, hari ini juga mula menikmati resepi baru dengan upacara resmi mengangkat sumpah Perdana Menteri ke-5. Selamat menjalankan amanah rakyat kepada Pak Lah, dan selamat beristirehat kepada Tun Dr Mahathir dan isteri.

Yang manis jangan terus ditelan
Yang pahit jangan terus dibuang

Comments: Post a Comment