semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Saturday, August 28, 2004

Malaysian Carnival 2004

Seperti lazimnya, di setiap tahun, bersempena dengan Hari Kemerdekaan maka Kedutaan Besar Msia London menganjurkan Karnival Malaysia di Pusat Penyelidikan Getah Tun Abdul Razak, Brickendon Lane, Brickendonbury, Hertfordshire (bahagian utara di luar Kota London; di perkampungan).



Karnival sehari ini seperti biasa dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual segala jenis juadah Malaysia termasuklah durian, rambutan dan sebagainya. Macam biasa, gerai satay yang kena beratur panjang, dan juga gerai ABC. Juga diadakan persembahan budaya, permainan, dan cabutan bertuah (hadiah pertama di setiap tahun ialah tiket MAS : London-KL). Juga ada gerai pameran dan jualan barangan. Proton ada bawa Jumbuck (Arena di Msia) dan Gen2. Last year ada Elise. Perodua pun ada bawa Kancil.

Tahun ni ada tetamu khas yang didatangkan dari Malaysia, seorang penyanyi... Dayang apa ke namanya. Kata rakan Atok, dia ni top lah kat Msia, manalah Atok tahu... tak pernah dengar pun. Anyway, Kakak did get her autograph and snapped a pose with her.



Ramailah juga yang datang this year, macam last year jugaklah. Mula tu kami tak sure nak gi ke tidak, memandangkan cuaca di sini begitu basah je. Tapi nampaknya hari ni terang dan tiada hujan. Namun, tahun ni, tak banyak games yang dijalankan terutamanya untuk kanak-kanak. Thus, Kakak enjoyed last year's more I guess.

Selalunya, Atok bawa kawan-kawan buat Silat Demo. Tapi this year, semua sibuk dengan majlis yang lain di Cornwall; Pak Guru Ariffin kenduri kawin hari ni jugak. So, dia orang bersilat di sana lah... zzzzaaattttt !

To all: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan !!!

Tuesday, August 24, 2004

Asas Pendidikan ... Pendidikan Asas

Sejak sekian lama, isu pendidikan telah banyak kali dibincangkan di Malaysia. Berbagai hujah dan pendapat telah diutarakan oleh banyak pihak. Namun, pada pemerhatian peribadi saya, tiada banyak yang berubah kearah kebaikan dan kejayaan. Malah boleh dikatakan ianya menjadi semakin teruk dan membimbangkan.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, berkodi-kodi telah diwar-warkan akan rancangan dan pendekatan kerajaan dalam menyiapkan anak-anak bangsa menghadapi alaf baru serba berteknologi dan juga fenomena globalisasi. Rata-rata apa yang saya telah baca ialah bagaimana teknologi baru telah dibawa masuk ke gelanggang pendidikan. ICT, bistari itu ini dan segala macam mak nenek teknologi canggih lagilah telah diketengahkan. Sering kita mendabik dada bahawa kita telah melengkapkan sekolah anak-anak kita dengan segala macam kemudahan terkini, alatan terbaik, teknologi termutakhir.

Namun, dalam semua itu, apa yang dicapai oleh pelajar anak bangsa negara tercinta masih ditakuk lama, ataupun lebih indah dikatakan sebagai masih jauh dibelakang berbanding dengan yang lain diseantaro dunia. Mengapa?

Setahun dua yang dulu saya pernah berpolimik membina dengan seorang pendidik berpangkat atasan, dan saya akan sekali lagi membicarakan pandangan saya yang sama, yang tidak pernah berubah sejak dari mula saya memijak kaki di pulau inggeris ini kira-kira 11 tahun yang lalu.

Pada pandangan saya, umat Malaysia telah lama terjerumus ke dalam bahana sikap ‘quick fix’ yang lebih mementingkan hasil yang cepat dan dapat dilihat dalam sekelip mata ataupun keesokan harinya (kerana mungkin untuk dicanang dan dimegahkan). Saya rasa semua orang pasti akur bahawa pembinaan asas individu dalam menerokai ilmu itu haruslah bermula seawal usia yang mungkin. Pembentukan asas yang saya maksudkan di sini ialah pembentukan minda dan yakin diri. Ada baiknya kita buat perbandingan mudah.

Jika dilihat di pulau inggeris ini, sejak kecil yakni seawal peringkat tadika lagi, anak-anak telah diasuh dengan yakin diri, banyak bercakap penuh ekspresi, menilai sesuatu dengan minda terbuka. Tidak kisah betul salah, dan salah tidak pernah ditertawakan. Nampak dari kejauhan, anak-anak kecil ini seolah hanya bermain-main di tadika, tanpa ada pengisian ilmu yang ‘sebetulnya’. Aktiviti yang berlangsung begitu merangsang pemikiran walaupun nampak hanya main-main. Dan ini terus berlaku diperingkat awal sekolah rendah. [ Anak-anak di pulau inggeris memulakan darjah satu mereka di tahap umur 5 tahun].

Kalau hendak dibandingkan dengan apa yang diajarkan kepada anak-anak bangsa ditanahair, maka jauh sekali perbezaannya. Secara sepintas lalu, memang nampak begitu maju anak bangsa yang sudah diajar membaca, mengira dan sebagainya. Sedangkan di bumi negara membangun, apa yang diajarkan nampak seolah aktiviti main-main sahaja, rendah tarafnya. Ada pernah saya dengar akan orang yang begitu bangga dengan anak-anak bangsa yang sudah boleh mengira dan menulis di tahap usia begitu muda, sedangkan di negara maju anak-anak mereka masih menyonteng kertas, membuat hasil kraftangan, bercerita dan sebagainya. Hatta di sekolah rendah sekali pun, kalau ada kerja rumah, hanya sekeping kertas sahaja. Itu pun mungkin untuk seminggu dan dihantar paling lewat pada hari Jumaat.

Sebenarnya, apa yang berlaku di dunia maju, ialah mereka berusaha untuk membina asas minda dan yakin diri. Pembinaan asas penting ini bukanlah boleh dibuat dengan tergesa-gesa dan menggunakan isi kandungan yang tinggi dan berteknologi. Tidak perlu menghafal sifir dan menulis karangan untuk membina asas ini. Ianya dibuat secara tidak langsung melalui aktiviti yang secara mata kasar kita nampak main-main itu. Akan tetapi, bilamana seseorang mempunyai asas yang kukuh ini, maka apa jua yang datang dapat ditawan.

Lain pula halnya di negara kita. Dari awal lagi anak-anak kecik diajar dengan pelajaran yang susah. Darjah satu dah diajar mengira itu ini, menulis panjang-panjang, ada ‘comprehension’. Kerja rumah berlambak-lambak sampai anak-anak tidur agak lewat malam meyelesaikannya, dan bukannya satu subjek sahaja, ada beberapa subjek, semuanya ada kerja rumah. Pergi sekolah pun, bawa beg seolah-olah nak pergi bercuti. Jika dilihat pencapaian memanglah hebat. Usia muda dah boleh buat itu ini. Tapi asas minda dan yakin diri tidak ada. Anak-anak pasif, tidak upaya bercakap lebar akan sesuatu hal, tidak berpendapat sendiri, malu-malu, takut dan lesu.

Bukannya kita tidak empunya minda yang hebat-hebat. Di setiap pameran teknologi antarabangsa, pasti ada anak bangsa yang meraih piala. Tapi masyhurkan kita di dunia? Didengar orang dan diambil pakai ke cakap kita? Kita ada menjawat tugas dunia yang tingi-tinggi ke? Tiada…. Sebaliknya, mereka dari dunia Barat (terutamanya yang bertutur bahasa inggeris, bahasa dunia) yang sering jaguh; bercakap itu ini, membawa perbagai idea, teori, pendekapan dan produk terkini penuh berteknologi dan canggih, yang selalunya kita yang begitu cepat ‘membeli’.

Kerana apa? Kerana kita tidak empunya asas pembentukan dan perkembangan minda dan yakin diri. Tanpa asas ini, kita rapuh. Kita mungkin boleh ‘membina’ sesuatu yang agung, tapi sesuatu itu terletak di asas yang goyang dan mungkin tiada asas langsung. Bilamana ada walaupun sedikit angin, maka kita tumbang. Sebaliknya, mereka yang mempunyai asas yang teguh, walaupun hasilnya tidak seagung kita, mereka berupaya menangkis segala pawana yang tiba. Kerana kita terlalu inginkan hasil dalam sekelip mata. Sedangkan orang lain menghabiskan masa yang lama untuk membina asas mereka bagi menanam hasil yang suatu hari akan tiba.

Di sini pun, jika ke universiti dan melihat pencapaian anak bangsa. Mungkin kita empunya ‘meterial’ yang begitu banyak dan beraneka. Kalau ‘presentation’ tu, kitalah yang selaunya memenuhkan dinding dengan lukisan, foto, carta, diagram dan segala macam. Bila bercakap, 5 minit habislah. Bila ditanya, tergagap-gagap menjawab. Ada soalan yang pelik-pelik dan 'dibelit' sedikit, dah gabra sakan tak tahu kat mana nak gagau. Orang lain, boleh datang dengan hanya kertas sekeping bertulis tangan dan bercakap sampai 2 jam; segala hujah ditepis, di-auta, di-ghurmal, dibelit, walaupun terkadang isinya tidak sebaik mana pun (tapi akhirnya orang-orang kita juga yang beli).

Banyak sudah contohnya, apa yang kita agungkan kerana kita telah menggunakan itu ini yang berteknologi terkini tak ada orang lain guna lagi, akhirnya tak sampai 3, 4 bulan, dah tersadai, dah rosak, dah tak diindahkan, dah dibubarkan. Pasal apa? Pasal asasnya kita tidak sediakan. Kita hanya ingin lihat bendanya sahaja, hasilnya sahaja. Boleh kita canang. Banyak sungguh wang rakyat ghaib sejak sekian lama. Sebenarnya, memang orang-orang itu gemar sekali menjual barang-barang mereka kepada orang-orang seperti kita yang senang termakan cakap mereka. Walhal, di negara mereka pun mereka tidak berhasil 'menjual' nya kerana orang-orang mereka mahukan penyediaan asas terlebih dahulu. Penyelidikan, kajian, ujian hendaklah dijalankan terdahulu, agar pembaziran tidak wujud ataupun boleh diminimakan.

Bukan nak mengata orang, tapi saya juga sebegini, kerana saya telahpun ditahap buluh tatkala tiba di sini. Rebungnya saya di tanahair, dan rebungnya saya disuap dan diminta luahkan dikeesokan harinya.

Memang terlalu panjang untuk ditulis segalanya. Tapi hujahnya di sini ialah, selagi mana kita tidak merubah sikap masyarakat dan kandungan pendidikan ke arah pembentukan asas minda yang kritikal dan terbuka serta yakin diri, bukan suapan isi yang membebankan, maka impian untuk maju seiringan hanyalah mimpi di tengah hari. Cemerlang, gemilang, terbilang hanyalah igauan.

Monday, August 23, 2004

Dulu - Sekarang

Semalam atok ngemas laci lama kat bilik Kakak (pasal we went to Ikea and got her a new desk), terjumpa my first mobile phone I had when I was a student. Whilst most of my Msian friends who had mobiles (only a handful) opted for the flip Motorola, I went for a Nokia. And you can see below.... I had to carry a brick in my back pocket then.



... zaman tu kira glamer la jugak sesapa yg ada mobile, hehehehe.

Thursday, August 19, 2004

Out sourcing risks

Sejak beberapa tahun yang lalu lagi, kebanyakan institusi swasta Britain telah memindahkan 'call centre' mereka ke tempat-tempat yang berkos rendah. Lazimnya, sebagai contoh, bila pengguna menghubungi hampir kesemua 'customer services' bagi syarikat-syarikat komputer, maka suara disebelah sana adalah berpelat Irish ataupun Scottish yang terkadang agak susah untuk difahami. Kemudiannya, syarikat-syarikat telefon pula mengalihkan 'call centre' mereka ke India. Maka banyaklah cerita-cerita kelakar yang dipaparkan atas sebab penjawab panggilan yang begitu asing dengan nama, sebutan dan juga cara hidup di pulau ini. Dikatakan, warga India yang bertugas juga dikehendaki menukar nama mereka bila bertugas menjawab panggilan, dengan nama yang mudah dan sering didengari.

Maka, Subramaniam akan jadi 'Sam', Vijayalakshmi jadi 'Viv' dan sebagainya. Mereka ini juga telah dikehendaki menonton 'soap opera' British sebagai kursus memahami sebutan dan tempat-tempat di sini.

Hari ini pula, akhbar Daily Mail melapurkan bahawa sudah banyak 'Health Trust' di sini yang menghantar nota kesihatan yang ditulis tangan ke India untuk ditaip; kerana kekurangan secretary dan kos yang tinggi. Akhbar ini menitikberatkan akan bahayanya kesilapan yang mereka temui dari India ini, contohnya:

He had acute angina telah ditaip 'He has a cute angina';

eustachian tube malfunction ditaip 'Euston Station tube malfunction' ; (memang wujud stesen keretapi ini di London)

There is a repeat prescribtion for lansoprazole ditaip 'There is a repeat prescribtion for Lanzarote'

Dear Dr, your patient had a below the knee amputation telah jadi 'Dear Dr, your patient had a bolony amputation' ;

phlebitis of left leg jadi 'flea bite his left leg' ;

Begitulah ceritanya di sini hari ini...

Wednesday, August 18, 2004

Back Home

Alhamdulillah, kami selamat tiba ke rumah. Fuhh, what a very penat + hectic trip it was; 3 minggu mana cukup. First week dah semua tak sihat, batuk2 kena throat infection, panas sangat kot. Dah tu, ke Ipoh, Penang, Kota Bharu and balik semula ke KL. We only managed to do a last minute shopping at Giant a day before balik sini; dash and grab sort of shopping. Last time balik tak sempat nak meninjau Putrajaya, and sadly, this time pun masih tak sempat. The truth is, since a few years ago, I wanted to write (architectural) comments on Putrajaya, but I've been stopping myself to do so until I see it with my own eyes. Nampaknya, I'll have to do it thru photo and images I've seen so far :(

Anyway, terima kasih daun keladi to Abe Dib for the lovely lunch at KLCC. Thanks to Dona and husband for coming along to meet us. And well done to docteejay for spotting Kakak at the lift lobby! Till we meet again....

Over here, it has been very wet and windy. A normally 2-month rain came down in 2 hours down south in a Cornish village and flooded the area, and a landslide has blocked a road and trapping more than 50 people up north in Scotland. On the other hand, we're back to our normal driving condition... nice, smooth and easy, not like in KL... kecoh and very very extremely stressful.

Sky News reporting a bird flu case in Kelantan where hundreds of birds have been culled as authorities act to contain the outbreak. It also reported that the Sec Gen of the Agri Ministry said:

"It's not easy because we have to catch the chickens first, the chickens there are roaming."
:) :O :)