SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
DARI ATOK . MRS ATOK . KAKAK . ADIK
MAAF ZAHIR BATIN
DARI ATOK . MRS ATOK . KAKAK . ADIK
Namun seperti biasa, penentuan hari raya di sini penuh dengan kontroversi. London Central Mosque awal-awal lagi mengumumkan akan menyambut raya pada hari Jumaat, seperti lazimnya mengikut Arab Saudi (kerana masjid ini 'dipunyai' oleh Saudi), tetapi ramai yang tidak mahu mengikut telunjuk keluarga Saud. Muslim Council of Britain pula mengumumkan raya jatuh pada hari Sabtu. Dan mengikut kiraan falak, adalah mustahil untuk anak bulan Syawal kelihatan di pulau impirialis ini.
Sebelum Isyak tadi, setelah berkali-kali cuba menalipon masjid terdekat dan gagal untuk get thru, atok terus ke sana. Kekecohan terus berlaku; sebahagian dari pihak pengurusan inginkan Sabtu, tapi sebahagiannya inginkan Jumaat. Mula tu diputuskan hari Sabtu dan terus diwartakan di websitenya, tapi perdebatan masih diteruskan. Akhirnya, atok pulang... tak larat ah nak tunggu dorang dok berkeras kepala. Dalam jam 10:30 mlm, atok check sekali lagi website masjid.... dah ditukarkan kepada esok, Jumaat pula (dengan apologies terhadap pengumuman sebelumnya). Begitulah di sini di setiap tahun.
Maka berayalah atok esok di pejabat, dengan biskut dan air kopi, pasal dok ingat raya Sabtu. Tapi memang dah biasa beraya kat office pun pasal tak pernah ambik cuti on raya day.