semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Thursday, September 13, 2007

Bulan Rahmat

Semalam, bertalu-talu text masuk ke mobile atok, dari rakan-rakan. Banyak yang sama sahaja, tentu forward je. Panjang lak tu. Ada yang berbunyi begini:

Ya Allah, kudoakan di Ramadhan ini, muliakan & sayangi saudaraku ini. Bahagiakn kelargany, sihatkn tubuh badanny, berkati & murahkn rezekiny, teguhkn keimanananny. Berikan nikmat beribadah, jauhkan dr fitnah & musibah. Suburkan KeIslaman dgn rasa kasih sayang. Amin... SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.
Ada juga yang begini:

Tiada hari seindah JUMAAT, tiada kata seindah ZIKIR, tiada ibadah seindah SOLAT, tiada bulan seindah RAMADHAN. salam Ramadhan AL-MUBARAK n SELAMAT BERPUASA!

Dan ada yang berbunyi:

Jika smua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya, jika sluruh UMUR adalah DOSA maka TAUBAT-lah obatnya, jika sluruh HARI adalah NISTA, maka JUMAAT-lah pensucinya & jika sluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN-lah pemutihnya. Marhaban Ya Ramadhan. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Atok rasa... yang last tu, dari bahasanya, mungkin rakan atok dapat dari Indon pembantu rumahnya, hahaha...

By malam tadi, bila dah banyak sangat text ni dok masuk... asyik yang sama je... atok pun naik fed-up gak nak baca (walaupun terima kasihlah dengan ucapan + doa2 itu semua). Lalu atok pun replylah:

Jika seluruh tubuh letih LESU & seram SEJUK di petang hari, maka sebungkus nasi lemak & segelas kopi tongkat ali lah pengubatnya. Kalau sudah habis di gerai, mungkin roti canai telur & teh tarik boleh membawa tenaga. Jika itu pun tiada, maggi kosong & air paip pun jadilah. SELAMAT POSA.


Sorrylah pada yang dapat text ni last night... dah lewat malam, atok dak tak larat.
SELAMAT BER-RAMADHAN PADA SEMUA.

Comments:
Selamat poso atok.... sano ado jual akok ko? Huhuhu..
 
Selamat Ramadhan.

Rasanya masih belum terlewat utk ucapan sedemikian, walaupun Ramadhan sudah hampir beransur pergi ...

Puasa di rantau orang memang banyak " membuka mata ".

Errmmm ...
 
Post a Comment


Links to this post:

Create a Link