semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Thursday, October 11, 2007

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

DARI ATOK . MRS ATOK . KAKAK . ADIK


Namun seperti biasa, penentuan hari raya di sini penuh dengan kontroversi. London Central Mosque awal-awal lagi mengumumkan akan menyambut raya pada hari Jumaat, seperti lazimnya mengikut Arab Saudi (kerana masjid ini 'dipunyai' oleh Saudi), tetapi ramai yang tidak mahu mengikut telunjuk keluarga Saud. Muslim Council of Britain pula mengumumkan raya jatuh pada hari Sabtu. Dan mengikut kiraan falak, adalah mustahil untuk anak bulan Syawal kelihatan di pulau impirialis ini.

Sebelum Isyak tadi, setelah berkali-kali cuba menalipon masjid terdekat dan gagal untuk get thru, atok terus ke sana. Kekecohan terus berlaku; sebahagian dari pihak pengurusan inginkan Sabtu, tapi sebahagiannya inginkan Jumaat. Mula tu diputuskan hari Sabtu dan terus diwartakan di websitenya, tapi perdebatan masih diteruskan. Akhirnya, atok pulang... tak larat ah nak tunggu dorang dok berkeras kepala. Dalam jam 10:30 mlm, atok check sekali lagi website masjid.... dah ditukarkan kepada esok, Jumaat pula (dengan apologies terhadap pengumuman sebelumnya). Begitulah di sini di setiap tahun.

Maka berayalah atok esok di pejabat, dengan biskut dan air kopi, pasal dok ingat raya Sabtu. Tapi memang dah biasa beraya kat office pun pasal tak pernah ambik cuti on raya day.

Comments:
Drop by to wish and your family Selamt Hari Raya.
 
Teringat kisah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, sebagaimana dipetik dari saifulislam.com :

" Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?”

Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib”.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”...... "

Mana lebih penting ? Raya hari Jumaat, raya hari Sabtu atau kesatuan umat Islam ?

Atok & family, selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin, tak kira hari apa Atok beraya ....
 
Salam Aidilfitri buat Atok & famili.
 
Post a Comment


Links to this post:

Create a Link