rajawali terbang tinggi
Petang tadi, dalam jam 2 lebih, Atok berkesempatan menonton melalui NASA TV online lintas langsung pelancaran roket Soyuz TMA-11 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, tempat terlancarnya Vostok 3KA-2 pada 12 April 1961 yang memeranjatkan dunia. Lantas memulakan space race.Walaupun Atok agak kurang bersetuju dengan pembaziran wang rakyat yang begitu banyak dalam program untuk meletakkan warga Malaysia di angkasa, namun... di detik dan saat pelancaran, bila sahaja api merah menyala melonjakkan roket Soyuz ke angkasa... Atok mengaminkan doa mengucap selamat kepada saudara Dr. Sheikh Muszaphar Shukur (atok rasa seluruh msia pastinya mengaminkan doa di saat bersejarah itu).
Setelah beberapa minit di udara, pandangan dari bumi dialihkan ke dalam cockpit, dan jelas kelihatan saudara Muszaphar, dengan Jalur Gemilang di bahu, di sebelah kanan commander Yuri Malenchenko.
Setuju atau tidak dengan program ini ... semoga harapan yang diucapkan oleh saudara Muszaphar bahawa dia ingin menjadi seperti Yuri Gagarin, menjadi sumber dan mangkin kepada semua warganegara untuk meminati alam penerokaan angkasa, akan menjadi kenyataan. Amin.
"Dear friends, known and unknown to me, my dear compatriots and all people of the world! Within minutes from now, a mighty Soviet rocket will boost my ship into the vastness of outer space. What I want to tell you is this. My whole life is now before me as a single breathtaking moment. I feel I can muster up my strength for successfully carrying out what is expected of me."
- Yuri Gagarin, Wednesday 12 April 1961, minutes before blast-off.