Kembali
Bila mobile atok berdering kira-kira jam 3:00 petang semalam.... dengan nombor my brother tertera di skrin, atok macam dah tahu apa berita yang bakal disampaikan."Umi takdok doh", katanya.
Al-fatihah kepada Allahyarhamah Hajjah Kamariah binti Haji Omar yang menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira jam 8:20 malam waktu Malaysia, setelah sejak beberapa bulan yang lalu menderita tidak dapat melakukan dialysis dengan sempurna.
Alhamdulillah, jenazah Umi telah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat, bersebelahan dengan kubur Chik (suaminya), dengan sembahyang jenazah diimami oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama ribuan makmum di Masjid Kg Paya Rambai, Jalan Bayam, Kota Bharu.
al-fatihah..... selamat tinggal Umi.