raya bola
Ahad hari tu, selepas Kakaknye LAMDA exam, kami ke rumah kawan di Edgware Road. Tiba sana... jalan banyak yang tutup... orang pun ramai, masing-masing bawa bendera dan hiruk pikuk dengan hon dan gendang. Mula tu ingatkan ada demo ke apa.... rupanya pesta jalanan sepontan > Iraq menang Asian Cup 2007.Punyalah, habis semua Iraqi turun ke Edgware Road (memang tempat Arab pun), sampai polis terpaksa tutup jalan... dari anak kecil hinggalah ke wargatua bertongkat. Ramai yang bawa kereta pusing-pusing kawasan tu berulang-ulang kali. Masa kami meninggalkan Edgware Road dalam jam 9 malam, masih hiruk pikuk dan semakin ramai orang merayakan kejayaan pertama mereka itu.
Bola jugak yang berupaya menyatukan semua....