semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Wednesday, November 22, 2006

Stairway to Heaven

When a young couple, Aminuddin & Katrina arrived in Oxford last year, she was already pregnant. Soon, earlier this year they were overjoyed with the arrival of their first child, baby Amir. Unfortunately, in the 2nd week of Ramadhan just passed, baby Amir had developed an acute heart failure and was warded at the Cardiac Critical Care, Great Ormond Street Children Hospital, London.

In addition to giving moral support, prayers and encouragement, Malaysian community in Oxford had launched a Tabung Derma Amir, in giving some monetary assistance to the couple's expenses. Alhamdullilah, a good sum of money was raised and presented to the couple during raya. Amir was soon transferred back to the John Radcliffe Hospital in Oxford... and we all prayed that he would be back to normal soon.

On Monday (20th Nov) afternoon though, Almighty God decided to call baby Amir back to His paradise. Innalillah-e-Wainnailaihi-Rajioon.

Last night, we had a tahlil session. Amir’s body, insyaAllah will be prepared and flown back to Malaysia later today.

Al-fatihah to baby Amir bin Aminuddin (7-month old).

Monday, November 20, 2006

Well done Nat!

Angelis adalah produk terbaru Simon Cowell, yang mashur seantaro dunia dengan kritikan / komen direct nya di rancangan X-Factor, American Idol, Pop Idol dan sebagainya. Kumpulan Angelis ini terdiri dari 6 orang anak muda yang dipilih melalui beberapa proses uji bakat di seluruh negara. Mereka ialah:

Sam Adams Nye (14), Natalie Grace Chua (13), Camilla Seale (12), Moray West (11), Amy Dow (11), dan Joe Martin (11).

King&I2005Natalie Grace Chua adalah 'kakak sulung' kepada Kakak dalam teater The King & I: UK Tour yang menjelajah negara tahun lepas. Beliau memegang watak anak perempuan sulung, Princess Ying Yaowlak (paling kanan dalam foto) sementara Kakak memegang watak adik perempuan bongsu.

Nat pernah memenangi anugerah the Philippines' Little Miss Universe 1999 (ayahya dari Filipina, emaknya British) dan menjuarai pertandingan British Academy of Composers and Songwriters 2004. Atas kejayaan-kejayaan cemerlang ini, beliau telah juga dianugerahkan Presidential Achievement Award oleh Duta Filipina di sini.

Nat bekerja kuat dalam mencapai cita-citanya dengan memasuki Sylvia Young Theatre School di London dan tinggal di ibukota bersama ibunya semasa weekdays dan hanya pulang menemui keluarga di Milton Keynes semasa hujung minggu. Kakak sejak dari tahun lepas lagi dok minta nak masuk Sylvia Young ni..... (sejak dari 2+ tahun yang lalu, Kakak ke Stagecoach Theatre School di setiap Sabtu)

Ni dia klip persembahan Angelis di GMTV baru-baru ini, yang telah melancarkan album pertama mereka pada 6hb Nov lalu:

Monday, November 13, 2006

masih beraya...

Tak de apa sangat yang menarik. Hari Sabtu beraya macam biasa; ke rumah salah seorang rakan keluarga Msia yang juga bermastautin di sini. Tidaklah ramai di sini, bukan seperti di tempat-tempat yang sering dilabelkan sebagai 'kampung melayu', terutamanya di Midlands. Maka di setiap perjumpaan dan majlis, kumpulan kecil yang sama menghadirinya. Satu kebaikan kumpulan kecil ialah tiadanya berpuak-puak seperti yang sering berlaku di lokaliti yang berjumlah besar. Namun apa pun, rakan-rakan sepejabat begitu hairan dengan budaya sambutan raya sebulan masyarakat Msia.

Kakak pula, hari Jumaat lalu, menyambung penggambaran filem 'Northern Lights/The Golden Compass' di Shepperton Studios. Kali ini mereka lakukan adengan penuh salji di Bolvanger bilamana mereka berjaya memboloskan diri lari dari bangunan di mana mereka ditempatkan setelah diculik oleh General Oblation Board (Gobblers) untuk dibuat sebagai bahan kajian, dengan Lyra berjaya memusnahkan komplek tersebut.

northernlightsMinggu lepas juga, New Line Cinema telah mewartakan poster pertama untuk publisiti filem ini yang menunjukkan Mrs. Coulter (Nicole Kidman) dan Lyra Balacqua (Dakota Blue Richards).

Novel asal tulisan Phillips Pullman yang ditajukkan 'Northern Lights' ini telah diubah namanya kepada 'The Golden Compass' bila ia dicetak untuk pasaran USA. Rasanya, kerana 'Northern Lights' ialah jenama rokok di Amerika. Dan, seperti biasa, pasaran dan kuasa pengguna Amerika telah menfatwakan bahawa filem ini wajib ditajukkan sebagai 'The Golden Compass' walaupun undi peminat di tapak web trilogi ini menunjukkan tajuk asalnya adalah lebih digemari.

Setelah berminggu-minggu bergerak penuh perlahan dalam pembacaan novel penuh aksi ini, akhirnya Atok berjaya menamatkannya juga beberapa hari yang lalu. Lepas ni nak kena baca siri keduanya pula, 'The Subtle Knife', dan seterusnya yang ketiga, 'The Amber Spyglass'.

.... teruskan beraya.....

Monday, November 06, 2006

Tugasan Hari Minggu

Semalam Kakak 'bekerja' di salah sebuah West End teater di Drury Lane... dalam penggambaran filem komedi romantik Run, Fat Boy, Run arahan David Schwimmer (Ross Geller dalam siri sitkom tersohor Friends). Adengannya di foyer teater di mana orang ramai (mostly berkeluarga) sedang beratur untuk masuk menonton satu persembahan. Kakak beraksi bersama 'keluarganya' (ayah, mak, abang dan adik)... sebagai salah seorang extras.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, setelah Kakak kembali ke Pinewood Studio dari London bersama-sama kanak2 yang lain...
Kakak: "Daddy, you know David... the director, I kind of spoke to him. Well... mmm, he said to me, "Can you please move 5 inches this way". Does that count?"

Daddy: "Mmm... sorry dear, I don't think that counts".

Kakak: "Aaarghhh.. ".

Kakak: "You know daddy, on set, we were not allowed to speak unless spoken. That's very Victorian! You know, during the Victorian Era, children were supposed to be seen but not heard.

Daddy: "Well, then, we considered them as well-mannered children. Once in a while, it would probably be good for you to be like them too... especially when... " (I looked to my left, with the car seat reclined, Kakak was already asleep after such a long day. It was already 8:45pm and I continued the journey home on the M4 motorway with my Malaysian 80's rock collection songs in the background... Belantara, Search, Wings, Ella, Exist, Iklim... and Halim Yazid's witty lyrics).

********************************************************

Sebelum itu, Atok di Bicester dalam Perhimpunan Hari Raya kelolaan Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom (atau lebih dikenali sebagai 'Melayu UK'). Seperti di tahun-tahun lalu, majlis ini dihadiri oleh masyarakat Melayu yang bermastautin di sini, terutamanya mereka yang tinggal jauh dari tempat-tempat yang ramai pelajar Msia, dan berpasangan orang tempatan. Alhamdulillah, kira-kira 100 orang hadir bersuai-kenal dan beramah-mesra sambil menikmati juadah hari raya.

Wednesday, November 01, 2006

Young Performers 2006

Malam ahad lalu kami ke Her Majesty's Theatre, Haymarket, London (home of Phantom of the Opera) untuk menyaksikan pertunjukkan Young Performers 2006 - Children's Variety Performance. Sembilan buah stage/dance schools dari pulusuk negara, termasuk Ireland telah mempersembahkan berbagai sketsa musikal dan tarian selama 3 jam. Juga membuat persembahan ialah kumpulan baru, Holah. Album pertama mereka akan keluar di pasaran bulan January nanti.

Kakak dan kumpulan dari Stagecoach nya membuat persembahan sketsa Bugsy Malone.

PYP2006

****************************************************

update on Northern Lights filming.

Kakak dah selesai 2 hari penggambaran di Shepperton Studios untuk satu scene. Scene makan/main baling makanan. Dari jam 7:30 pagi lagi sudah berkumpul di studio, hinggalah jam 7 mlm baru pulang. Tapi mereka happy and had a good time. 9 days to go for Kakak.

Photobucket - Video and Image Hosting2 hari lepas, gambar pertama Dakota Blue Richards yang membawa watak Lyra Belacqua telah diwartakan secara rasminya.

Setelah sekian lama, begitu ramai peminat His Dark Materials tertunggu-tunggu untuk melihat rupa paras Dakota, anak gadis berumur 12 tahun dari Essex yang dipilih dari ribuan kanak-kanak yang menjalani open audition bulan April lalu.

Gambar ini dari scene Lyra bersama Mrs. Coulter (Nicole Kidman).