semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Monday, November 13, 2006

masih beraya...

Tak de apa sangat yang menarik. Hari Sabtu beraya macam biasa; ke rumah salah seorang rakan keluarga Msia yang juga bermastautin di sini. Tidaklah ramai di sini, bukan seperti di tempat-tempat yang sering dilabelkan sebagai 'kampung melayu', terutamanya di Midlands. Maka di setiap perjumpaan dan majlis, kumpulan kecil yang sama menghadirinya. Satu kebaikan kumpulan kecil ialah tiadanya berpuak-puak seperti yang sering berlaku di lokaliti yang berjumlah besar. Namun apa pun, rakan-rakan sepejabat begitu hairan dengan budaya sambutan raya sebulan masyarakat Msia.

Kakak pula, hari Jumaat lalu, menyambung penggambaran filem 'Northern Lights/The Golden Compass' di Shepperton Studios. Kali ini mereka lakukan adengan penuh salji di Bolvanger bilamana mereka berjaya memboloskan diri lari dari bangunan di mana mereka ditempatkan setelah diculik oleh General Oblation Board (Gobblers) untuk dibuat sebagai bahan kajian, dengan Lyra berjaya memusnahkan komplek tersebut.

northernlightsMinggu lepas juga, New Line Cinema telah mewartakan poster pertama untuk publisiti filem ini yang menunjukkan Mrs. Coulter (Nicole Kidman) dan Lyra Balacqua (Dakota Blue Richards).

Novel asal tulisan Phillips Pullman yang ditajukkan 'Northern Lights' ini telah diubah namanya kepada 'The Golden Compass' bila ia dicetak untuk pasaran USA. Rasanya, kerana 'Northern Lights' ialah jenama rokok di Amerika. Dan, seperti biasa, pasaran dan kuasa pengguna Amerika telah menfatwakan bahawa filem ini wajib ditajukkan sebagai 'The Golden Compass' walaupun undi peminat di tapak web trilogi ini menunjukkan tajuk asalnya adalah lebih digemari.

Setelah berminggu-minggu bergerak penuh perlahan dalam pembacaan novel penuh aksi ini, akhirnya Atok berjaya menamatkannya juga beberapa hari yang lalu. Lepas ni nak kena baca siri keduanya pula, 'The Subtle Knife', dan seterusnya yang ketiga, 'The Amber Spyglass'.

.... teruskan beraya.....

Comments: Post a Comment