semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Monday, November 20, 2006

Well done Nat!

Angelis adalah produk terbaru Simon Cowell, yang mashur seantaro dunia dengan kritikan / komen direct nya di rancangan X-Factor, American Idol, Pop Idol dan sebagainya. Kumpulan Angelis ini terdiri dari 6 orang anak muda yang dipilih melalui beberapa proses uji bakat di seluruh negara. Mereka ialah:

Sam Adams Nye (14), Natalie Grace Chua (13), Camilla Seale (12), Moray West (11), Amy Dow (11), dan Joe Martin (11).

King&I2005Natalie Grace Chua adalah 'kakak sulung' kepada Kakak dalam teater The King & I: UK Tour yang menjelajah negara tahun lepas. Beliau memegang watak anak perempuan sulung, Princess Ying Yaowlak (paling kanan dalam foto) sementara Kakak memegang watak adik perempuan bongsu.

Nat pernah memenangi anugerah the Philippines' Little Miss Universe 1999 (ayahya dari Filipina, emaknya British) dan menjuarai pertandingan British Academy of Composers and Songwriters 2004. Atas kejayaan-kejayaan cemerlang ini, beliau telah juga dianugerahkan Presidential Achievement Award oleh Duta Filipina di sini.

Nat bekerja kuat dalam mencapai cita-citanya dengan memasuki Sylvia Young Theatre School di London dan tinggal di ibukota bersama ibunya semasa weekdays dan hanya pulang menemui keluarga di Milton Keynes semasa hujung minggu. Kakak sejak dari tahun lepas lagi dok minta nak masuk Sylvia Young ni..... (sejak dari 2+ tahun yang lalu, Kakak ke Stagecoach Theatre School di setiap Sabtu)

Ni dia klip persembahan Angelis di GMTV baru-baru ini, yang telah melancarkan album pertama mereka pada 6hb Nov lalu:

Comments: Post a Comment