semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Sunday, August 20, 2006

Tanahair dan Aku - II

Hari Jumaat tu, awal-awal lagi atok diberitahu oleh Abe Dib bahawa akan ada demonstrasi selepas solat Jumaat; protes berkenaan dengan isu Israel-Hizbollah. Di sebelah hotel atok tu kan KL Convention Centre, tempat bersidangnya menteri2 Asean, yang sedang dilawati Nasi Condi; singgah pekena teh tarik dalam perjalanannya ke tanah berdarah.

Tengahari tu ada jumpa kawan di Aseana Cafe (tempat biasa jumpa2; ntah berapa kali kat situ.. senang, turun hotel je terus situ). Bila dah around kul 1:20 tgh gitu, atok pun mula bergerak di Masjid KLCC tu. Ini adalah pertama kali bagi atok guna masjid tu. Masa constructionnya dulu, the project architect tu kawan atok juga.. with KLCC Architects.

Orang punyalah ramai, kat merata ceruk, mana boleh letak sejadah... jadi; bawah pokok, tepi parit, around tempat wuduk.. segala celah. Kumpulan2 Pemuda (& a few Puteri) UMNO dan lain2 dah penuh kat belakang tu, dengan sepanduk, poster dan segala macamnya.. siap sedia. Atok pun dah siap sedia dengan camera...

Photobucket - Video and Image HostingLepas solat tu (atok last minute dapat squeezed masuk saf di tempat wuduk) maka siap sedialah semuanya. Ramai jugak dari press yang dok ready dengan camera/video canggih masing2. Oh... padanlah, si Khairy ada... patutlah pun dapat coverage camtu. Khairy ni... errr, tak yah citer lah, cerita2 lama zaman student sewaktu dengannya di City of Dreaming Spires dulu2, zaman muda.


Anyway, to cut the story (and rhetoric) short, time dia org tiba ke KL Convention Centre tu, tak beberapa minit je... hujan dengan lebatnya. Maka bertebaranah lari sekelian 'penunjuk perasaan' yang tadinya hebat sungguh dok berlaung-laung. Tapi atok tengok, dalam ramai-ramai tu, hanya segelintir sahaja yang nampak betul2, yang lain tu macam dok suka2 je... dapat makan, transport, duit kopi, kira jadik saja...

----------------

Photobucket - Video and Image HostingPetang tu, atok jumpa AbeDib di Aseana (lagi). Abe Dib dengan bersusah payah meredah hujan datang nak jumpa atok; much appreciated. Boleh baca kisah AbeDib's longest journey nak gi jumpa atok on that Friday kat sini. Joined sama minum kopi hari tu was my childhood friend, TMF.

Million thanks to Abe Dib & TMF for spending your precious time with us, hingga bertemu lagi di lain masa jika ada rezeki dariNya.

Comments: Post a Comment