semua komen terdahulu telah ghaib di alam siber, dengan ghaibnya servis 'blogextra' yang digunapakai dahulunya
BEST VIEW WITH MOZILLA FIREFOX. Get it here

Wednesday, August 16, 2006

Aku dan Tanahair

sambungan dari posting sebelum...

klcc2006Tiba di Mandarin Oriental, Mummy dok sibuk mengemas, nak pindah ke apartment 2 bilik.

Oleh kerana Mummy kena kerja semasa minggu pertama, maka kami ambik City Apartment 3 bilik pasal Mama, Mak dan Cik Su datang tengok-tengokkan budak-budak masa Mummy kerja.

Jadi, bila Daddy tiba, dan Mummy pun dah tamat tugasan, maka 'para pembantu' pun baliklah... jadi kita pindah ke City Apartment 2 bilik di bawah; tingkat 4. Hari tu, masa Christmas /New Year, Mummy & Adik dah balik seminggu; stayed at Club Suite di tingkat 24.

Mandarin Oriental tu penuh, 100% occupancy masa tu; tapi yang ramai were Arabs la... gi memana dia orang je. Siap di reception counter tu, ada sepiring kurma. Mmm... takkan datang jauh-jauh masih nak berkurma, makan benda lain la pulak; rambutan ke, jambu ke... durian :)

Kali ni balik, betul-betul tourist lah... ke mana-mana dengan camera, cap, t-shirt dan khaki shorts. Hari-hari dok pusing Suria KLCC tu je lah. Jumpa kawan-kawan pun kat situ, senang. Makan minum pun situ. Tengok wayang pun situ.

Adik dan adik ipar atok, dua-dua offered bagi pinjam kereta... tapi tak nak lah.. tengok jalan simpang siur tak tahu gi mana, pening hah. Nak keluar hotel pun tak tahu macamana. Dulu-dulu mana ada camni. Roadsigns pun, aiseyman, masih macam tu jugak, tak de improvement. Lagi serabut adalah. Tak payah...

Comments: Post a Comment